Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penjenayah Dikehendaki Di Australia...

SYDNEY - Bekas penjenayah paling dikehendaki Ricky Ciano ditemui mati dalam sebuah kereta...

Kastam KLIA Tumpas Cubaan...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mematahkan...

Pemuda ‘Takut’ Polis Terjun...

RANTAU PANJANG - Tindakan nekad seorang lelaki terjun ke dalam Sungai Golok berhampiran...

PERKESO Gesa Majikan Bayar...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini menggesa lebih ramai majikan...

Pesawat & Kapal Dihantar Cari Nelayan Hilang

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menghantar sebuah pesawat dan dua buah kapal bagi mencari dan menyelamat(SAR) empat nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Terengganu sejak 21 Jun lalu.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Norhafizi Mohd Rafik berkata pesawat Bombardier CL415 MP itu bersama lima kru memulakan operasi kira-kira pukul 11 pagi tadi meliputi beberapa kawasan pulau di sekitar Terengganu dan Pahang.

Ia turut diperluas sehingga 70 batu nautika dari perairan Kemaman kerana dikhuatiri bot yang dinaiki mangsa hanyut ke arah timur laut, seperti di sekitar Pulau Tenggol dan Pulau Kapas, katanya.

Beliau berkata 23 anggota beserta kapal KM Bahagak dan KM Redang juga telah digerakkan bermula pukul 7 pagi tadi.

“Radius pencarian dipertingkatkan sehingga 50 batu bautika berbanding 30 batu nautika semalam.


“Dalam pencarian 30 batu bautika, kita gagal mengesan dan menemui sebarang petunjuk. Jadi dalam operasi yang memasuki hari ketiga hari ini, kita perluaskan lagi dengan menambah bilangan aset dan kekuatan anggota,” kata Morhafizi.

Semalam Bernama melaporkan empat nelayan dilaporkan hilang setelah mereka gagal dihubungi sejak lapan hari lalu, selepas mereka keluar menangkap ikan bersama bot pukat tunda di perairan Kemaman.

Mereka ialah Azuari Muda@Abu Bakar, 41, Mohd Zawawi Seman, 36, Mohd Nasri Ab Wahab, 29, dan Ab Wahab Tekak, 57. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori