Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wenger Dijangka Ke AC...

ARSENE Wenger semakin hampir untuk kembali ke padang bersama AC Milan. Laporan di Perancis...

Dipaksa Cerai Isteri Pertama,...

KUALA LUMPUR: Ketika sedang meraikan musim yang indah selepas bergelar isteri, ujian datang...

Gara-gara Lori Muatan Batu...

JERANTUT: Gara-gara sebuah lori tiba-tiba terundur ke belakang menyebabkan enam buah kereta mengalami...

Sultan Ibrahim Rasmi Loji...

Pasir Gudang : Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menyempurnakan perasmian Stesen Janakuasa Southern...

Pesawat Singapore Airlines Mendarat Cemas Di KLIA

PUTRAJAYA – Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) 425 yang membawa 190 penumpang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang selepas mengalami masalah teknikal.

Jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pesawat jenis Boeing 777-200 yang berlepas dari Mumbai, India pada 8.44 pagi dan dijangka tiba di Singapura pada 4.44 petang, melakukan pendaratan cemas di KLIA pada 4.05 petang semalam.

“Pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kebakaran kecil telah berlaku di bahagian kargo pesawat dan dipadamkan dengan ‘automatic fire fighting system’.


Beliau berkata pasukan bomba telah digegaskan ke KLIA setelah mendapat laporan mengenai pesawat tersebut membuat pendaratan cemas pada petang tadi.

“Kerja-kerja memindahkan penumpang ke terminal telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini.- BERNAMA

https://youtu.be/wc1KnBzGCQc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori