MEDAN  Pesawat Hercules C130 milik Angkatan Udara Tentera Negara Indonesia (TNI) dilaporkan terhempas di kawasan perumahan awam di Jalan Jamin Ginting, Medan hari ini.
Punca pesawat terbabit terhempas dan berapa ramai mangsa korban terlibat masih belum dapat dipastikan buat masa sekarang kerana operasi menyelamat sedang berjalan.
Difahamkan beberapa saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Suwondo Medan, juruterbang pesawat malang itu sempat memohon untuk kembali mendarat atau “rerurn to base” (RTB) kepada menara pengawal.
Permintaan ini biasanya dilakukan apabila juruterbang mengesan terdapat masalah pada pesawat.
Bagaimanapun sejurus berbuat demikian pesawat yang dalam perjalanan dari Suwondo-Tanjung Pinang itu melencong ke kanan sebelum terhempas.
Menurut seorang saksi, pesawat itu dilihat menjunam sebelum terhempas di kawasan perumahan berhampiran. – MYNEWSHUB.CC