Rio de Janeiro – Seorang lelaki Brazil mengejutkan doktor dengan menyanyi lagu The Beatles ‘Yesterday,’ sambil memetik gitarnya ketika menjalani pembedahan otak.
Anthony Kulkamp Dias, 33, sedar sepanjang pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya dan menyanyi untuk pasukan perubatan yang membedahnya.
Tindakannya membolehkan doktor mengelak daripada menyentuh saraf otak yang mengawal deria, pergerakan dan percakapan.
Kulkamp, pekerja bank, bermula dengan menyanyi lagu Emanuel yang dicipta untuk anaknya yang baru lahir sebelum meneruskan dengan lagu hit Beatles itu.
Kulkamp pemain gitar profesional sejak 20 tahun lalu, disahkan menghidap ketumbuhan berkenaan 15 hari selepas anaknya dilahirkan. – myMetro Online
https://www.youtube.com/watch?v=2fIXNA_lT30