Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Institusi Pondok Perlu Berdaftar...

PASIR PUTEH - Institusi pondok di Kelantan diminta berdaftar dengan Majlis Agama Islam...

Maternity Shoot: Syatilla Bergaya...

PASANGAN pelakon Shahiezy Sam dan Syatilla Melvin kini hanya menanti hari bagi menyambut...

Penganggur Cederakan Ibu Diperintah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang penganggur yang...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda...

Pinjaman RM42 Bilion 1MDB Ada Dalam Akaun Beraudit – Arul

KUALA LUMPUR – Bagaimana pinjaman sebanyak RM42 bilion digunakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh diketahui melalui akaun beraudit 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, semua maklumat bagaimana pinjaman itu digunakan didedahkan sepenuhnya dalam akaun beraudit tersebut.

” Minggu lalu terlalu banyak spekulasi tentang penggunaan hutang RM42 bilion oleh 1MDB dan secara terperincinya mengenai hutang RM27 bilion yang didakwa sebagai hilang.

“Kami menyediakan rumusan apa yang telah digunakan dengan hutang RM42 bilion itu, maklumat yang didedahkan sepenuhnya dalam akaun beraudit. Kami yakin penjelasan ini akan membantu menghilangkan kekeliruan dalam hal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 23 April lalu membentangkan kiraanya terhadap pembelian 1MDB melalui pinjaman RM42 bilion dan mendakwa RM27 bilion tidak dapat dikesan.


Mahathir mendakwa berdasarkan semua pembelian diketahui, jumlahnya menjadi RM14.7 bilion maka kira-kira RM27 bilion yang tinggal.

Bekas Perdana Menteri itu menyenaraikan pembelian 1MDB seperti berikut:

1) Tanjong Energy (kini Powertek Energy Sdn Bhd) – RM8.5 bilion
2) Genting Sanyan Power (kini stesen janakuasa Kuala Langat) – RM2.3 bilion
3) Jimah Energy – RM1.2 bilion
4) 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak (projek Tun Razak Exchange) – RM320 juta
5) 495 ekar tanah bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi TUDM (kini Bandar Malaysia) – RM363.5 juta
6) 234 ekar tanah di Air Itam, Pulau Pinang- RM1.38 billion – mynewshub.cc

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori