Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

23 Sept Tarikh Sebutan...

MIRI - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 23 Sept sebagai tarikh bagi sebutan...

203 Mangsa Ribut Di...

LANGKAWI - Seramai 203 mangsa daripada 43 keluarga yang terjejas ekoran kejadian ribut...

SKMM Siasat Penyebaran Berita...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran kenyataan...

Jalan Jem, Pemandu Teksi...

KUALA LUMPUR - Laluan sekitar Jalan Bukit Bintang, khususnya di hadapan pusat beli-belah...

PM Ingatkan Rakyat Tidak Buruk Imej Negara Di Luar Negara

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar tidak memburuk-burukan imej negara terutama di peringkat antarabangsa kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan keyakinan negara luar terhadap Malaysia.

Beliau berkata sebaliknya persepsi yang baik terhadap negara akan memberi manfaat kepada negara dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi dan teknologi.

“Saya baharu balik daripada melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan dalam lawatan itu Malaysia diberi penghormatan tertinggi oleh Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

“Mengikut jadual, baginda sendiri yang mahu menyambut kedatangan saya di Lapangan Terbang Jeddah. Tetapi apakan daya kakak baginda meninggal dunia menyebabkan baginda terpaksa ke Riyadh dan menggantikan Putera Mahkota, menteri-menteri kanan dan barisan penghormatan yang diberikan oleh tentera Arab Saudi di lapangan terbang,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian pada majlis pengagihan buah kurma, air zam zam dan baju Melayu kepada masjid dan surau di dalam kawasan Parlimen Pekan di Masjid Jamek Batu 8, Jalan Gambang di sini malam ini.

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Najib, pengiktirafan yang diberikan oleh raja yang menjadi penjaga kepada dua masjid penting umat Islam iaitu Masjid Nabawi dan Masjidil Haram menunjukkan baginda mempunyai pandangan tinggi terhadap kerajaan Malaysia.

“Inilah bukti imej kita tinggi dan perkara inilah yang mesti kita pelihara dan tingkatkan,” katanya.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut menunaikan solat Isyak dan diikuti solat tarawih bersama-sama penduduk di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis.


Terdahulu dalam majlis berbuka puasa di Masjid LKNP di sini, beliau menyeru umat Islam di Malaysia untuk sentiasa bersyukur dengan keamanan dan keselamatan yang dinikmati di negara ini.

Perdana menteri berkata tidak semua umat Islam bertuah menikmati ‘rezeki’ itu yang menyebabkan ada segelintir umat Islam di negara lain terpaksa melarikan diri ke tempat lain bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

“Kita lihat etnik Rohingya yang sanggup bergadai nyawa, menjual harta mereka untuk keluar negara dan mereka ini memilih untuk datang ke Malaysia.

“Apabila sampai di Malaysia, mereka cium tanah Malaysia ini, seolah-olah tanah ini syurga kepada mereka,” katanya.

Najib juga berkata Malaysia juga menjanjikan rezeki kepada mereka yang rajin berikhtiar dan berusaha dalam kehidupan mereka.

“Contohnya hari ini, saya berkesempatan ke bazar ramadan di Pekan. Di sini antara yang popular ialah martabak. Saya bertanyakan kepada penjual martabak, berapa keping yang beliau jual pada hari pertama puasa.

“Beliau jawab 400 keping. Bayangkan jika 400 keping itu berjaya dijual untuk tempoh lima hari. (Ini contoh rezeki mudah di Malaysia),” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori