Monday, November 18, 2024

Creating liberating content

Hartawan Syed Mokhtar Taja...

KUALA LUMPUR - Hartawan korporat dan Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar...

Nur Afrina Arina Nama...

PASANGAN selebriti Fizz Fairuz dan Almy Nadia akhirnya mendedahkan nama penuh cahaya mata...

Kerana Minat, Sanggup Cat...

SEORANG gadis muda mencuri perhatian pengguna media sosial ekoran sehingga menjadi tular ekoran tindakannya...

Pasangan Suami Isteri Cari...

INDIA – Pasangan suami isteri ini mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap...

Polis Abu Dhabi Lawan Dubai Guna Hypersport Car

ABU DHABI — Polis tempatan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bukan sahaja mewah, malah kereta peronda pasukan penguat kuasa tersebut menggambarkan betapa hebatnya negara kaya minyak di Teluk Parsi itu.

Jika polis Dubai awal tahun ini menggemparkan dunia dengan kereta peronda jenis mewah, pasukan wilayah jirannya, Abu Dhabi turut tidak ketinggalan bersaing dengan imej lebih sensasi bukan supercar tetapi hypercar.

Malah, anggota polis peronda wilayah itu dilaporkan mengguna pakai kereta paling mahal dan amat jarang dijual di dunia, Lykan Hypersport yang pernah muncul menerusi filem aksi lasak sekuel terbaharu Fast & Furious 7.

Akhbar-akhbar UAE melaporkan, penggunaan kereta model coupe dua pintu berenjin flat-six dengan transmisi automatik dual klac tujuh kelajuan itu seumpama mewujudkan perang antara polis Abu Dhabi dan Dubai.

Lykan Hypersport sebenarnya adalah jenama Timur Tengah yang dihasilkan oleh firma tempatan, W Motors dan dimiliki usahawan Ralph R. Debbas berasal dari Beirut, Lubnan pada 2012, namun kini berpangkalan di Dubai.

Uniknya model edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak tujuh unit sahaja dengan harga AS$3.4 juta (RM12.5 juta) setiap buah; rekod ketiga paling mahal di dunia selepas Lamborghini Veneno dan Maybach Exelero.

Model ini yang mula dilancarkan pada Pameran Motor Qatar 2013 lalu dilengkapi dengan jentera twin-turbo enam silinder segaris berkapasiti 3.7 liter jenis Ruf CTR3 yang menghasilkan daya 740 tk dan torsi 960 Nm.


Menurut akhbar-akhbar UAE, kereta peronda ini mampu memecut daripada kelajuan sifar kepada angka 100 kilometer sejam hanya dalam masa 2.8 saat dengan top speed boleh mencapai maksimum 385 kilometer sejam.

Polis peronda Dubai pula setakat ini menggunakan Ferrari FF, Mercedes-Benz SLS AMG, Mercedes-Benz G-Wagon Brabus, BMW M6, Nissan GT-R, McLaren 12C, Bentley Continental GT, Audi R8 dan Bugatti Veyron.

Manakala model McLaren MP4-12C, Aston Martin One-77, Lamborghini Aventador, Ford Mustang, Chevrolet Camaro, Mercedes-Benz SL 63 AMG, Renault Twizy dan Lexus RC F hanya digunakan apabila perlu sahaja.

Selain UAE, pasukan polis negara lain seperti Itali turut menggunakan kereta sport supercar, tetapi model Lamborghini Huracan sebagai kereta peronda lebuh raya baharu bagi menggantikan jenama Gallardo sejak 2009.

Tidak ketinggalan polis Romania dengan Lotus Evora S, Belgium pula dengan Porsche 911 997 Turbo, Korea Selatan dengan Ferrari 360 Modena dan Britain dengan Lamborghini Murcielago. — Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori