BERLIN - Polis Jerman menahan wartawan Al-Jazeera, Ahmad Mansour, 52, di Lapangan Terbang Tegel, di sini malam tadi.
Mansour menerusi Twitter berkata, pihak berkuasa negara itu menahannya berdasarkan waran tangkap antarabangsa yang dikeluarkan kerajaan Mesir.
“Saya masih ditahan di lapangan terbang Berlin, menunggu dibawa untuk soal siasat,” katanya.
Polis Jerman mengesahkan penahanan wartawan itu yang dalam perjalanan ke Doha. – AFP/BH Online