Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 11 Tahun Maut...

MUAR - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut, selepas terjatuh dari bumbung berhampiran...

Najib Letak Jawatan Presiden...

RASMI... Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai...

Percayakah Anda Wanita Ini...

AGAK-AGAK anda, berapakah usia wanita ini? 30-an, 40-an atau 50-an? Jika jawapan anda berada dalam...

Kain Rentang Desak Zahid...

BAGAN DATUK - Beberapa kain rentang provokasi yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri...

Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Keluar Pendatang Asing

JOHOR BAHARU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 24 pendatang asing tanpa izin yang cuba menyeludup keluar dari negara ini menerusi laluan tidak sah dalam serbuan di Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi, awal hari ini.

Ketua Bahagian Risik dan Operasi PPM Wilayah Dua DSP Goh Boon Hong berkata pihaknya turut menahan dua tekong darat termasuk seorang daripadanya bertaraf penduduk tetap (PR), dalam serbuan pada pukul 2.30 pagi itu.

“Bertindak atas maklumat penyusupan keluar pendatang asing tanpa izin, sepasukan anggota PPM dari Pengerang, Kota Tinggi membuat serbuan terhadap 19 lelaki dan lima wanita yang berkumpul di tepi pantai Ladang Mados, Bandar Penawar,” katanya menerusi kenyataan Rabu.

Goh berkata hasil siasatan, kesemua yang ditahan itu mengaku bahawa mereka sedang menunggu ketibaan bot pancung untuk membawa mereka pulang ke Indonesia.

Beliau berkata kesemua pendatang asing tanpa izin berumur 19 hingga 43 tahun itu berserta kedua tekong darat terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.


Katanya kesemua pendatang asing tanpa izin itu akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pind. 2002) iaitu gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah, berada di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan dan cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

Sementara itu, kedua-dua tekong darat itu pula akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana kesalahan penyeludupan migran. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori