Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Wanita Saman Universiti Sebab...

GAGAL mendapatkan sebarang pekerjaan sebagai peguam sejak menamatkan pengajian lapan tahun lalu, seorang...

Shahrel Fikri Kekal Bersama...

IPOH - PKNP FC mengesahkan kapten pasukan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi telah...

Ayda Jebat Masih Mengutamakan...

Pelakon manis yang baru meningkat popular, Ayda Jebat masih lagi mengutamakan bidang nyanyian...

Tiada Unsur Jenayah Siasatan...

SEREMBAN - Siasatan awal berhubung kes seorang pelajar maut akibat terkena bilah pisau...

Polis Marin Rampas 2,500 Batang Balak Di Sarikei

KUCHING – Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPM W5) merampas 2,500 batang kayu balak bernilai RM25,000 selepas disyaki melanggar syarat pas dikeluarkan Jabatan Perhutanan Sarawak di Jalan Pisang Emas, Kampung Seberang dekat Sarikei, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Asisten Komisioner N. Kalai Chelvan berkata bertindak atas maklumat awam dan risikan, seorang pegawai dan tiga anggota PPM W5 telah menemukan beberapa longgokan kayu balak di kawasan tebing sungai berdekatan Jalan Pisang Emas.

“Hasil pemeriksaan mendapati kayu bakau tersebut diperolehi secara sah namun tidak dipunggah di tempat yang sebenarnya mengikut ‘Removal Pass’ yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, berikutan rampasan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sarikei dan semua kayu balak yang dirampas itu diserah kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Sarikei untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori