Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mustafa Ketuai Misi Dagangan...

NEW DELHI – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengetuai...

Indonesia Suntik Semula Kanak-Kanak...

KERAJAAN Indonesia akan memanggil semula kesemua kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah untuk...

Muhyiddin Serah Kepada MKT...

Muhyiddin Yassin menyerahkan segala keputusan kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Bersatu untuk menentukan...

Korban Banjir Kerala Meningkat...

KOCHI (INDIA) - Jumlah kematian akibat banjir di lokasi tumpuan pelancong di Kerala,...

Polis Marin Rampas Rokok Seludup Bernilai RM28,780 Di Semporna

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah merampas 146 karton rokok seludup bernilai RM28,780 dan menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah pondok di Batu 2, Pulau Sibangkat dekat sini semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Muhamad Madun berkata bertindak atas maklumat awam sepasukan anggota peronda PPM menyerbu pondok berkenaan kira-kira 5.15 petang.

“Ketika serbuan itu pasukan peronda menemui tiga karung guni disorokkan di dalam pondok berkenaan. Setelah diperiksa terdapat 146 karton rokok jenama ‘Astro Hijau’ bernilai RM28,780,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya seorang lelaki warga asing berusia 57 tahun yang berada di pondok berkenaan turut ditahan untuk tindakan lanjut.


Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(d) Akta Kastam 1957. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori