Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengurusan Risiko Bencana Perlu...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah...

Kumpulan Persoal Laporan PAC...

GEORGE TOWN - Kumpulan The Penang Citizens Awareness Chant Group mempersoalkan kenapa Laporan...

Peniaga Ditahan, Kata Daging...

HELAH tiga penjual daging di Surabaya, Indonesia terbongkar setelah pihak polis melakukan serbuan mengejut...

Polis Tumpas Geng Curi...

BALIK PULAU - Polis melumpuhkan geng curi kereta Proton dikenali sebagai 'Geng Thiaggu'...

Polis P.Pinang Rampas Ecstacy & Dadah Bernilai Hampir RM200,000

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menumpaskan rangkaian dua sindiket menjual pil ecstasy selepas menahan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan di negeri ini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang Supt. Guan Beng Kang berkata dalam dua serbuan di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat dan Butterworth dekat sini, pihaknya merampas 2,795 pil ecstacy dan pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM200,000.

“Bertindak hasil maklumat dan intipan sejak beberapa minggu lepas, sepasukan polis JSJN menyerbu sebuah rumah teres di Bandar Tasek Mutiara kira-kira pukul 2.45 pagi dan menahan dua lelaki berusia 29 dan 33 tahun.

“Hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik di rumah berkenaan, polis menemui 2,650 biji pil ecstacy, kafein (246 gram(g)), serbuk ecstacy (14g) dan cecair dadah 300 mililiter. Harga pasaran dadah yang dirampas itu RM123,980,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati dua lelaki yang masing-masing bekerja sebagai ejen insurans dan buruh itu merupakan anggota sindiket menjual pil ecstacy yang aktif sekitar Pulau Pinang.

Guan berkata mereka dipercayai menjadikan rumah yang disewa ejen insurans berusia 29 tahun itu sebagai stor menyimpan pil ecstacy dan dadah lain sebelum ia diedar kepada pelangan.

Dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah kenderaan jenis BMW bernilai RM120,000, katanya.

“Siasatan juga mendapati dua lelaki itu terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berkenaan sejak lima bulan lepas dan mereka kini direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan,” katanya.


Sementara itu, katanya dalam serbuan kedua pada pukul 11 pagi di sebuah apartment di Butterworth, polis menahan sepasang kekasih berusia 19 dan 27 tahun dan merampas sebanyak 145 pil ecstacy.

“Kami turut merampas ketamin seberat 208.1 gram, syabu (96.2g) dan Eramin 5 seberat 60 gram. Semua pil dan dadah itu bernilai RM68,700,” katanya.

Guan berkata polis turut menyita dua buah kereta jenis BMW dan Toyota Vios, pelbagai barangan kemas dan jam tangan yang kesemuanya bernilai RM165,371.

Katanya pasangan kekasih yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran pil ecstacy dan dadah lain sejak beberapa bulan lepas.

“Mereka kini direman sehingga 9 Jun ini. Kedua-dua kes yang tiada kaitan antara satu sama lain itu disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata usaha mengesan anggota dua sindiket berkenaan giat dijalankan dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu pihak polis. – BERNAMA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori