Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Selatan Thailand Lebih Selamat...

ARAU – Keadaan di Selatan Thailand sekarang lebih selamat berbanding beberapa tahun lepas...

Jepun Sekat Prestasi Baik...

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara gagal meneruskan prestasi baik pada Piala...

10 Maut F-16 Terhempas...

MADRID - Lapan anggota tentera Perancis dan dua anggota tentera Greece terbunuh apabila...

Penghantar SMS, MMS Lucah...

CYBERJAYA - Seorang lelaki yang berumur, 42 tahun, telah mengaku bersalah di atas...

Polis Sabah Berkas ‘Mat Malaya’ Di Kundasang

KOTA KINABALU – Polis memberkas ‘Mat Malaya’, lelaki yang amat dikehendaki kerana disyaki menembak serta mencederakan kaki seorang pembantu mekanik di sebuah bengkel membaiki penyaman udara, pada Mei lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata Mat Malaya, 44, yang diburu pihak berkuasa hampir sebulan lalu, diberkas kira-kira jam 10.50 malam tadi selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ranau menyerbu sebuah inap desa di Kundasang.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang wanita tempatan berumur 24 tahun dan merampas dua buah telefon bimbit, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, menghilangkan diri selepas menembak kaki pembantu mekanik berumur 36 tahun di sebuah bengkel membaiki penyaman udara kenderaan di Jalan Tuaran.


Dalam kejadian itu, suspek dipercayai melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya mengenai serta menembusi kaki kanan mangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori