KUANTAN – Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai penagih dadah dalam rondaan cegah jenayah di Kampung Pandan 2 dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian 9 pagi itu kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 20 dan 21 tahun itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah.
“Polis kemudiannya memeriksa suspek yang disyaki terlibat aktif dalam aktiviti penagihan dadah di kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek dibawa ke Balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=RkC7rFSdznk