Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hantar Makanan Guna Dron...

CYBERJAYA - Mulai hujung bulan ini, penduduk di sini bakal menikmati perkhidmatan penghantaran...

Pengundi Tak Berhak Dapat...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa pengundi tidak berhak untuk mendapatkan...

Batal LCS Jejaskan Vendor...

IPOH : Projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) di Lumut yang ditangguhkan...

Isa Letak Jawatan Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Felda Investment Corporation (FIC) pada Isnin mengumumkan perletakan jawatan pengerusi...

Polis Tembak Mati Dua Penjenayah Warga Asing

IPOH – Dua warga asing dipercayai terlibat dengan 15 kes samun, mati ditembak manakala seorang rakannya melarikan diri dalam kejadian di Jalan Gopeng, Batu Gajah berhampiran Taman Herba, di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi selepas anggota polis terserempak dengan kesemua lelaki itu dalam keadaan yang mencurigakan sedang melintas jalan dari kawasan perumahan berdekatan.

Katanya, semasa kejadian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Bukit Aman bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak sedang menjalankan tugas Ops Jenayah di kawasan Gopeng dan Ipoh.

“Pasukan polis mengarahkan mereka berhenti namun kesemua mereka melarikan diri ke kawasan semak berhampiran. Pasukan polis mengejar suspek dan mengekori jejak mereka sehingga sampai di satu kawasan lapang.

“Kami cuba membuat tangkapan namun seorang daripada suspek telah melepaskan tembakan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Osman berkata tindakan suspek itu menyebabkan anggota polis melepaskan beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri dan tembakan tersebut terkena dua suspek yang berumur antara 30 dan 40 tahun dan menyebabkan mereka mati di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi rakan suspek melarikan diri dan pemeriksaan menemui sepucuk pistol jenis Barreta, dua bilah parang, satu topeng ski, satu pemotong, satu besi kuku kambing, satu lampu suluh, sepasang sarung tangan, dua telefon bimbit dan beberapa barang kemas.


“Barang kemas itu termasuklah seutas gelang besar, empat utas gelang kecil dan satu bentuk cincin.

“Daripada siasatan awal, polis mendapati suspek dipercayai terlibat dengan kes samun di Kontinjen Perak sejak awal tahun ini. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

Menurut Osman lagi, Ops yang dilancarkan adalah susulan beberapa kes samun rumah yang berlaku di daerah Ipoh dan Batu Gajah.

“Usaha menjejaki rakan suspek masih giat dijalankan dengan bantuan 1 Platun Pasukan Gerakan Am Briged Utara, bahagian K9 Perak dan sebuah helikopter dari unit udara Polis Diraja Malaysia,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori