Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lebih 250 Cedera Pentas...

MADRID - Lebih 250 orang cedera, termasuk lima dalam keadaan serius apabila sebuah...

Kes Menate – Azwan...

Diva yang tak berapa nak macam diva, Azwan Ali petang tadi memohon maaf...

Prosiding Kes Musa Cabar...

KOTA KINABALU - Prosiding penghujahan lisan tindakan undang-undang oleh bekas Ketua Menteri Sabah...

10 Nyaris Maut Apabila...

KOTA KINABALU — Seramai 10 orang nyaris maut apabila sebuah kereta dan sebuah...

Pribumi Sabah Bersedia Tenangkan Roh Suci Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU – Masyarakat pribumi Sabah sedang memuktamadkan persediaan untuk mengadakan ritual bagi menenangkan roh-roh suci Gunung Kinabalu.

Antara yang pertama adalah masyarakat Lotud di daerah Tuaran yang akan mengadakan ritual yang dikenali sebagai ‘monolibabow’ atau majlis untuk berinteraksi dengan roh.

Setiausaha Kerja Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Benedict Topin berkata masyarakat Dusun Tindal di daerah Kota Belud dan juga Kimaragang di Kota Marudu adalah antara yang merancang mengadakan ritual masing-masing.

Selain itu beliau berkata masyarakat Bundu Liwan di Kundasang iaitu di kaki bukit Gunung Kinabalu juga merancang mengadakan ritual.

Menurut Benedict lagi, kebiasaannya ritual berkenaan tidak perlu diadakan di atas gunung ‘selagi lokasinya masih dalam lingkungan penglihatan’.

Ketua masyarakat Tuaran, Saniban Amphila berkata monolibabow yang akan diadakan pada Sabtu akan berlangsung di rumah ketua kampung di Kampung Bantayan, berhampiran bandar Tamparuli.


Beliau berkata majlis itu akan melibatkan sekurang-kurangnya dua ‘tantagas’ atau pendeta Lotud.

“Kami ingin tahu sama ada tindakan mencemarkan gunung itu ada apa-apa kaitan dengan gempa bumi.

“Jika ada, kami akan bertanya apa yang sogit perlukan untuk menenangkan gunung itu,” katanya. – mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori