Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Suara Mirip Anwar 
Kritik...

KUALA LUMPUR – Tular menerusi aplikasi WhatsApp hari ini, rakaman suara mirip Ke­tua...

Nicol Mampu Kembalikan Prestasinya...

SEREMBAN - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mampu mengembalikan sentuhan emasnya...

Beratus Ribu Anak Itik...

BERATUS ribu anak itik jantan telah dibunuh dengan kejam apabila ia direndam dalam...

Mama Adik Izz Puji Servis...

NUKILAN ini dipetik daripada sebuah blog iaitu ekjozbuluh.com yang menceritakan perkembangan seorang kanak-kanak...

Proton Tawar 30 Mata Percuma Pemeriksaan Kereta

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd akan menawarkan 30 mata percuma untuk pemeriksaan kenderaan kepada semua pemilik kereta nasional itu mulai 9-15 Julai sebagai sebahagian daripada inisiatif menggalakkan kesedaran keselamatan kenderaan pada musim perayaan.

“Pelanggan boleh menikmati pemeriksaan percuma ini di semua pusat servis Proton di seluruh negara dan stesen minyak Petronas terpilih antara 3 petang dan 7 malam sepanjang tempoh selama seminggu.

Tawaran 30 mata percuma itu termasuk pemeriksaan bateri, minyak dan sistem brek. Selain itu, pelanggan akan turut menikmati konsultasi percuma mengenai penyelenggaraan enjin dan kereta, menurut Proton dalam kenyataan.

Ketua Eksekutif Datuk Abdul Harith Abdullah berkata pengeluar kereta nasional mempunyai tanggungjawab untuk mendidik dan menggalakkan kesedaran keselamatan kepada pengguna, terutamanya dalam menyokong seruan kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya pada musim perayaan dan cuti sekolah. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori