Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pakatan Mungkin Berkubur Dalam...

AHLI Parlimen Gelang Patah yang juga tokoh dalam parti pembangkang DAP, Lim Kit Siang...

Awie Nafi Nikah Dengan...

UMUM mengetahui, pelakon dan penyanyi Awie kini telah pun sah bergelar tunangan kepada...

Perompak Jamu Selera Dengan...

SEREMBAN - Bukan saja memecah masuk, malah seorang penjenayah sempat menikmati kek dan...

Turki Pecat Lebih 6,000...

ISTANBUL - Turki memecat lebih 6,000 anggota polis, penjawat awam dan ahli akademik...

Pukul Isteri Enggan Lakukan Seks, Suami Dipenjara Sebulan

KUALA LUMPUR – “Isteri untuk disayangi bukan untuk dipukul. Kalau tak boleh sayang, lepaskan,” kata seorang majistret sebelum menjatuhkan hukuman terhadap seorang pemandu teksi kerana memukul isterinya yang enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas K. Tharmalingam, 42, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, T. Thangasamy, 38.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Tharmalingam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Kos Rendah Jalan Udang Harimau, Taman Megah Kepong, Sentul di sini, pukul 3.30 petang 10 April lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, tertuduh telah memaksa isterinya melakukan hubungan seks, tetapi wanita itu enggan lalu dipukul suaminya menyebabkan mangsa cedera di beberapa bahagian badan.


Terdahulu, majistret menyoal tertuduh adakah dia memukul isterinya di hadapan dua anaknya yang berusia 12 dan 13 tahun, tetapi tertuduh menjawab “Tidak, anak-anak saya sedang tidur”.

Majistret kemudiannya menasihati tertuduh dan menyoalnya “Kenapa pukul isteri awak, dia adalah ibu kepada anak-anak awak. Dia yang melahirkan dua anak untuk awak.”

Isteri tertuduh turut hadir di mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak lagi melakukan keganasan terhadap isterinya. – BERNAMA

https://youtu.be/OQHx499xcbs

  • Lagi berita berkaitan:
  • seks

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori