Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Gaji Besar Bukan Jaminan...

Rumahku syurgaku. Ungkapan ini jelas menunjukkan betapa pentingnya rumah dalam kehidupan individu juga...

Skuasy Beregu Dunia: Nicol...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David akan mengetuai cabaran skuad...

Video: Lagi Kes Curi...

KEDAI dobi layan diri memang dijadikan pilihan kebanyakan warga kota kerana ianya memudahkan...

Budak Elak Tebuan Maut...

TEXAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang cuba melarikan diri dan...

Putri Mardiana Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Berkhalwat

PELAKON Putri Mardiana dan pasangan Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam atas tuduhan berkhalwat di sebuah premis kediaman pada 14 Disember tahun lalu.

Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin.

BACA: Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Kali Kedua.. Dengan Lelaki Sama

Berikutan itu, Shaiful Azli memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500 dan kes berkenaan akan disebut semula pada 25 Ogos depan selain diminta untuk melantik peguam bela bagi mewakili mereka dalam kes berkenaan.

Menurut laporan kes, Putri Mardiana dan Shahrizam telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 14 Disember tahun lalu.


12_hoyn_silikonpuppe

Pasangan ini kemudian ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: mStar Online
https://www.youtube.com/watch?v=HDtSHotwtfI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori