Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dulu Jakim, Kini JPN...

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bakal mengambil tindakan lanjut berhubung aduan yang dikemukakan...

KDN Lulus Jual 44...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kelulusan dasar bagi mengimport, menyimpan...

Kes Tampar Pemain Dirujuk...

NIBONG TEBAL - Isu seorang jurulatih pasukan bola tampar wanita yang didakwa menampar...

Cacing Pita Sepanjang 6.2...

SEORANG lelaki yang mengalami sakit perut tidak menyangka kesakitan berkenaan adalah disebabkan oleh...

Disaman Najib: Rafizi, Chee Kong Fail Tuntutan Balas

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik portal Media Rakyat Chan Chee Kong memfailkan tuntutan balas terhadap satu saman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kenyataan subsidi minyak.

Dalam tuntutan yang difailkan pada 29 Mei, Mohd Rafizi dan Chee Kong antara lain mendakwa saman itu satu penyalahgunaan proses mahkamah dan ia adalah satu percubaan kedua-dua plaintif untuk menyekat dan mengganggu wacana politik yang sah.

Kedua-duanya juga menuntut ganti rugi am, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili Najib dan Rosmah berkata kedua-dua defendan memaklumkan mahkamah bahawa mereka mahu meminda kenyataan pembelaan dan tuntutan balas mereka dan mahkamah telah memerintahkan mereka untuk memfailkan pindaan pada 8 Julai.

“Kami (plaintif) akan menjawab pindaan dan tuntutan balas mereka pada 22 Julai.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos untuk pengurusan kes saman,” katanya kepada pemberita selepas berjumpa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman dalam kamar hari ini.

Pada 16 April, Najib dan Rosmah memfailkan saman fitnah dan mendakwa bahawa Mohd Rafizi memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November tahun lepas.


Mereka mendakwa ucapan Mohd Rafizi dirakam oleh ‘Media Rakyat’, dan kemudiannya dimuat naik oleh Chee Kong atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk ‘Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak’.

Najib dan Rosmah juga mendakwa bahawa rakaman yang sama turut dikongsi Chee Kong dalam laman Facebook Media Rakyat, dan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Mereka mendakwa rakaman itu ditonton sebanyak 9,736 kali dalam laman Facebook YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti Facebook milik Mohd Rafizi dan 162,118 lagi dalam Facebook Chee Kong.

Najib dan Rosmah mendakwa bahawa Mohd Rafizi mempunyai niat supaya perkataan yang disebutnya diterbitkan semula oleh media massa untuk dibaca orang ramai.

Mereka mendakwa Chee Kong gagal mengamalkan prinsip ‘responsible journalism’ atau kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung di dalam perkataan fitnah itu sebelum menerbitkannya.

Najib dan Rosmah menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang dianggap wajar oleh mahkamah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori