SIKAP angkuh Azwan Ali yang ‘menyembur’ seorang pengikut Twitter dan menghina pemilik Me’nate Steak House bukan sahaja membuatkan netizen berasa kurang selesa, malah mendapat perhatian rakan artis yang lain.
Baru-baru ini, pelakon senior Azhar Sulaiman tampil menasihatkan Azwan yang juga adik kepada Menteri Besar Selangor itu supaya mengawal kemarahan agar tidak dibenci masyarakat sekeliling.
Menerusi laman Facebooknya, Azhar menasihatkan Azwan supaya tidak melayan orang awam dengan terlalu kasar kerana akan membawa kerugian bila dibenci oleh masyarakat.
Katanya sebagai orang lama dalam industri, Azwan sepatutnya lebih tenang berdepan dengan apa-apa situasi.
“Fuhhhh….Mengapalah boleh jadi sampai macam ni…Bro Azwan….as a brother to you, i rasa kita takleh lah brutal sangat macam ni dengan public.
“Kitakan orang lama dalam industry. I am still ur friend and hope you will be cool after this. Unnecessary bro….rugi kita dibenci orang ramai. I love you bro!†tulisnya.
Pada sebuah lagi statusnya yang lain, Azhar memuat naik gambar pemainan Angry Bird “Anger Management’ dengan kapsyen “Mungkin ini boleh membantuâ€Â, dipercayai ditujukan kepada Azwan Ali. – MYNEWSHUB.CC