Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Memotong Di Garisan Berkembar...

KUANTAN - Memotong di garisan berkembar merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan pengguna...

Harga Minyak Terus Naik,...

LONJAK... Jika era kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, harga runcit minyak pada...

Kebersamaan UMNO Dan PAS...

KOTA BHARU - Majlis Syura Ulama PAS menyifatkan kebersamaan parti itu dan UMNO...

Grand Lexis Disenarai Guinness...

PORT DICKSON - Grand Lexis Hibiscus hari ini disenaraikan dalam Guinness World Records...

Kapal Karam: Ratusan Penyelam Usaha Cari Lebih 400 Mangsa

JIANLI, China – Lebih 200 penyelam berusaha mencari lebih 400 penumpang yang masih hilang selepas kapal dinaiki mereka karam di Sungai Yangtze malam kelmarin ketika Perdana Menteri, Li Keqiang menggesa siasatan yang telus.

Hanya tujuh mayat yang ditemui setakat ini manakala 14 lagi mangsa ditemui selamat.

Antara mereka yang diselamatkan ialah wanita warga emas yang terperangkap dalam ruang udara kapal itu yang tenggelam ketika ribut.

Stesen televisyen kebangsaan menunjukkan gambar anggota penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa kapal karam ketika lewat malam.

Li yang bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelaras usaha menyelamat, mahukan maklumat dan laporan telus berhubung usaha menyelamat dan siasatan tragedi itu.


Waris mangsa yang marah kerana kurangnya maklumat berhubung tragedi itu, bertelagah dengan pegawai di Shanghai.

Semua penumpang kapal itu menempah perjalanan menerusi agensi pelancongan di Shanghai. – Reuters

https://youtu.be/qy0VuxsWqT4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori