Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Al-Quran Abad 18 M,...

SEBUAH video berdurasi 20 saat yang dikongsikan di laman Facebook, telah menarik perhatian...

Samseng ‘Geng 360’ Tumpas,...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan kumpulan kongsi gelap ‘Geng 360’ selepas menahan...

Bursa Kembali Susut Selepas...

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi namun susut semula selepas itu berikutan...

Pelakon Nikita Mirzani Didakwa...

PAKAR psikologi forensik terkenal Indonesia mendedahkan, pelakon dan model Nikita Mirzani menjual tubuh sebagai...

Rela Bertuah Anggota Turut Terdiri Daripada Malim Gunung

RANAU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bertuah kerana mempunyai anggota daripada kalangan malim gunung.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Keselamatan) KDN Datuk Seri Adenan Ab Rahman berkata susulan kejadian gempa bumi yang melanda Ranau pada 5 Jun lepas, anggota Rela tersebut pantas melaksanakan tugas mereka mencari dan menyelamat pendaki yang dikhuatiri terkandas di Gunung Kinabalu.

“Kita tidak pernah mengalami kejadian seperti gempa bumi di negara ini. Dengan adanya malim gunung, yang kebetulan anggota Rela, memang cantik.

“Mereka (malim gunung) dengan sendirinya tahu apa yang perlu mereka buat dalam situasi kecemasan seperti ini. Lebih-lebih lagi mereka ini tahu selok-belok jalan di Gunung Kinabalu,” katanya kepada pemberita pada Program Bakti Rela di Kampung Sokid di sini hari ini.

Menurut Adenan, Sabah sahaja mempunyai anggota Rela daripada kalangan malim gunung seramai 65 orang.

Susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu, beliau berkata pihaknya akan mengkaji bentuk latihan melibatkan operasi mencari dan menyelamat di gunung bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di negeri lain.


Pada program itu, seramai 105 anggota Rela, yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di Ranau, menerima sumbangan bantuan dan penghargaan.

Seramai 43 daripada jumlah itu adalah malim gunung.

“Sumbangan tenaga, masa, kemahiran dan kepakaran mereka dalam membantu menjayakan operasi mencari dan menyelamat itu wajar diberi pengiktirafan atas jasa mereka kepada orang ramai,” katanya.

“Selain itu, program seperti ini dapat menaikkan semangat anggota untuk terus mencurahkan bakti kepada keamanan dan kesejahteraan negara dan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori