Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Covid-19: 1,544 Kes Baru,...

Sebanyak 1,544 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, dengan jumlah terkumpul...

Menerusi Media Sosial, Agong...

KUALA LUMPUR - Dua hari selepas menyampaikan Titah Diraja menasihati rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan menerusi...

Kerajaan Belanja RM800,000 Sediakan...

KUALA KRAI - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membelanjakan RM800,000 untuk...

Harimau Bintang Pupus Muncul...

TAITUNG - Satu spesies harimau bintang yang dipercayai pupus sepenuhnya kini didakwa masih...

Remy Ishak, Teman Wanita Bela Dua Anak Angkat Perempuan

SELALUNYA kita biasa mendengar mengenai selebriti wanita bujang yang mengambil anak angkat, antaranya Stacy, Misha Omar dan juga Almy Nadia.

Jarang-jarang sekali dengar artis lelaki bujang yang ambil anak angkat.

Namun, berlainan buat pelakon lelaki popular ini yang sedia mengambil bukan satu tapi dua anak angkat perempuan.

Wah! Memang respek dengan kegigihan Remy Ishak yang bersedia menggalas tanggungjawab menjaga dua beradik Dania dan Damia seperti anaknya sendiri.

Menurut Remy, ibu bapa kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun itu sudah berpisah dan tidak mampu menjaga zuriat mereka.

Memetik laporan Metro Ahad, Remy berkata, “Keluarga kawan yang memperkenalkan saya dengan Dania dan Damia. Demi memberi kehidupan yang lebih baik, saya menjaga meeka sejak dua tahun lalu.


“Mereka tinggal bersama saya tetapi jika ada urusan di luar, Roszaliza akan ambil alih menguruskan Dania dan Damia,” katanya.

Untuk makluman, Roszaliza merupakan teman wanita kepada aktor kacak ini sejak dua tahun lalu.

Sudah dua tahun menjalin hubungan, Remy bagaimanapun belum membuat sebarang perancangan untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya dalam masa terdekat. – MYNEWSHUB.CC

remy

Remy Ishak Sudah Bertunang?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori