Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Guru Agama Sultan...

JOHOR BAHRU - Bekas guru agama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar,...

Catatan Sedih Pengembara Solo,...

RAMAI yang tidak menyedari bahawa isu 'masjid ditutup' ini sebenarnya bukan sahaja berlaku...

Akui Kesilapan Besar, Zuckerberg...

WASHINGTON - Ketua Eksekutif Facebook Inc., Mark Zuckerberg, memohon maaf kepada Kongres dan...

Saksi Tidak Tahu Sumber...

KUALA LUMPUR – Saksi ke-37, bekas Urusan Ihsan Perdana, Datuk Dr. Shamsul Anwar...

Resepi Buat Pizza Guna Roti Gardenia Ini, Semudah 1 2 3

BILA petang-petang begini, bermacam-macam juadah seperti kuih-muih, kek dan pisang goreng mesti muncul di fikiran kan?

Tapi secara jujurnya, seorang tukang masak khususnya para ibu lebih gemar menyediakan juadah yang senang, cepat dan paling penting gerenti sedap.

Haaa.. resepi pizza yang semudah 1 2 3 ini, kami kongsikan kerana ianya sesuai dijadikan hidangan petang keluarga anda.

Paling best, resepi pembuatan pizza ini tidak memerlukan tepung mahupun kena susah payah menguli roti.

Bahan-bahannya adalah:

1. Roti Gardenia

2. Tomato puri

3. Cheddar cheese/ Mozarella cheese

4. Sosej/ Ayam

5. Cendawan butang

6. Lada banggala

Cara-caranya adalah:


1. Susun roti dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti di bakar nanti.

2. Sapu tomato puri pada roti dan letakkan kepingan cheddar cheese.

3. Letak sosej, ayam (siap rebus), cendawan butang dan lada banggala mengikut selera anda.

4. Taburkan mozarela cheese untuk buat rasa lebih mengancam.

5. Bakar pizza dalam oven lebih kurang 15 minit.

11350617_926899234043052_8937561090021450797_n

Walaupun pizza adalah makanan yang berasal dari Itali, juadah ini sangat popular dan begitu diminati di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Selamat mencuba resepi yang kami kongsikan ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Facebook Roazura Bahari

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori