Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kes Fitnah PM: Bantahan...

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan esok untuk mendengar bantahan...

Comel! ‘Biskut Alien Viral’...

MENJELANG musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, orang ramai pasti sudah...

1,400 Ekor Kura-Kura Cuba...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berpangkalan di sini merampas...

Proses Bawa Pulang Pesawat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang dalam rundingan dengan pihak berkaitan bagi membawa pulang...

Ribuan Penduduk Dipindah, Gunung Berapi Sinabung Meletus

JAKARTA – lebih 2,000 penduduk di daerah Karo di Sumatera Utara terpaksa dipindahkan ekoran Gunung Sinabung, gunung berapi yang aktif di wilayah itu, kini mula meletus dan mengeluarkan asap tebal.

Menurut laporan MetroTv News, penduduk beberapa kampung di kawasan itu dipindahkan sejauh 7 kilometer dari kawasan gunung itu.

Laporan itu memetik jurucakap Unit Geogologi sebagai berkata, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran tahap empat iaitu tahap awas setelah gunung berapi itu mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari lepas.

Katanya, penduduk diminta mematuhi arahan untuk berpindah demi keselamatan mereka dan untuk sementara ini mereka akan ditempatkan di pusat perpindahan di wilayah Kabanjahe.


Sejak September 2013, Gunung Sinabung setinggi 2,460 meter dari permukaan laut itu mula aktif dan statusnya sentiasa tidak stabil dan mempunyai gejala untuk meletus pada bila-bila masa.

Kepala Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho dipetik sebagai berkata aktiviti vulkanik gunung itu semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau perkembangannya dari semasa ke semasa. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori