Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Presiden MTUC Khalid Atan...

PETALING JAYA - Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan meninggal dunia...

Tiga Cedera, Nenek Tak...

MELAKA – Gara-gara seorang wanita warga emas membuat pusingan U secara mengejut, tiga...

Kontraktor Pembaiki Penyaman Udara...

SHAH ALAM - Seorang kontraktor membaiki penyaman udara maut selepas terjatuh dari tingkat...

Imigresen Kedah Tahan 6...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah mematahkan cubaan menyeludup masuk enam wanita warga asing...

Risda T’ganu Tumpukan Program Tingkatan Pendapatan Pekebun Kecil

HULU TERENGGANU – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Terengganu tahun ini meletakkan sasaran untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil sehingga RM2,500 satu keluarga.

Pengarah Risda Negeri Mohd Hussin Yusof berkata antara tumpuan Risda ialah menggalakkan pekebun kecil menanam semula mana-mana kebun getah yang sudah tidak mampu mengeluarkan hasil yang baik dan pokok-pokok getah yang sudah menjangkau usia 25 tahun ke atas.

“Memang matlamat kita tahun ini ingin meningkatkan pendapatan pekebun kecil sehingga RM2,500 sebulan bagi satu keluarga.

“Manakala menjelang tahun 2020, kita akan berusaha keras untuk meningkatan pendapatan mereka sehingga RM4,000 sebulan,” katanya pada Majlis Kasihi Pekebun Kecil dan berbuka puasa di sini semalam.

Mohd Hussin berkata selain program tanam semula, Risda menggalakkan pekebun kecil mengusahakan beberapa program lain seperti berternak dan mengusahakan tanaman sampingan yang mampu meningkatkan pendapatan keluarga.

Mengenai program tanam semula getah di Terengganu tahun ini, katanya Risda menyasarkan penglibatan sehingga 1,600 hektar yang mana sebelum ini program berkenaan hanya melibatkan antara 1,200 hektar dan 1,500 hektar sahaja setahun.


Beliau berkata bagi menggalakkan pekebun kecil menanam semula pokok getah mereka yang sudah tidak ekonomik, Risda akan menyediakan bantuan tunai dan mata benda setiap hektar yang dikerjakan.

Mohd Hussin berkata bagi sehektar getah yang ditanam semula, pekebun lecil akan diberi bantuan sehingga RM9,230, yang akan dibayar enam kali dalam tempoh empat tahun setengah.

“Kita juga menyediakan bantuan dalam bentuk mata benda seperti benih dan baja dalam usaha membantu dan menggalakkan pekebun kecil menanam semula bagi meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata Risda Terengganu turut memberi perhatian kepada anak-anak pekebun kecil di mana tahun ini 44 pelajar cemerlang yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akan diberi biasiswa sebanyak RM500 seorang. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori