SEMEMANGNYA, bulan Ramadan yang barakah akan dijadikan waktu untuk umat Islam menggandakan amal ibadah kepada Maha Pencipta kerana pahala yang dijanjikan berlipat kali ganda.
Pastinya antara amalan sunat yang akan dikerjakan selepas berpuasa di siang hari adalah solat Terawih, sementelah ia amat dituntut.
 Betul Ke Rita Rudaini Tak Benarkan Anak Jumpa Aidil Zafuan?
Tapi lain bagi Rita Rudaini apabila pelakon sensasi itu bertindak membawa kedua-dua puteranya, iaitu Airit Rayyan Rizqi dan Airit Qaqa Arjuna menonton filem Minion selepas berbuka puasa.
Melalui kemas kini di ruang Instagram peribadinya, Rita memaparkan imej anaknya sedang berada di dalam panggung wayang sambil menonton filem kartun terkenal itu.
Kalau diikutkan, perkara tersebut dilihat normal, namun segelintir individu ‘panas punggung’ dan mempertikaikan tindakan Rita. Eh, kenapa pula?
Salah seorang pengguna laman sosial terus menghamburkan kritikan dalam ruangan komen di foto itu, lantas ‘menasihati’ pelakon Mami Jarum itu bahawa lebih afdal untuk membawa anak-anaknya bersolat Terawih.
Amboi, pedas betul kenyataan si Rafiuddin ni kan? Tak berdiam diri, Rita membalas sindiran individu tersebut tak lama selepas itu.
Bukan itu sahaja, isu tersebut menjadi semakin besar apabila ramai peminat Rita membidas kenyataan si Rafiuddin ini dengan komen-komen lebih berbisa. Nah, anda bacalah sendiri.
Memang kena setepek lah individu yang digelar ‘ustaz fake’ itu.
Apa yang diharapkan, Rita tak terlalu mengambil pusing terhadap isu remeh seperti ini. Yelah, isu soal ibadah sepatutnya menjadi rahsia antara kita dan Dia sahaja.
Takkan nak suruh Rita muat naik gambar tengah solat terawih pulak, kan?
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Dubsmash Rita Rudaini Bersama Sheila Rusly, Izreen Azminda dan Elizad Tentang Lelaki Curang
https://www.youtube.com/watch?v=htlQ11Ipzpo