INGATKAN selebriti Malaysia je yang selalu kena kritik kaw-kaw oleh pengikut mereka di laman sosial Instagram, rupa-rupanya selebriti Hollywood turut tidak terlepas dijadikan bahan kritikan sekiranya apa yang dilakukan mereka tidak ‘sedap’ di mata pengikut mereka.
Pelakon Ryan Reynolds baru-baru ini dikritik dan diselar sebilangan besar peminat dan pengikutnya gara-gara foto yang dikongsikan isterinya, aktres Blake Lively menunjukkan Reynolds meletakkan anak perempuan mereka, James Reynolds dengan kedudukan yang salah dalam baby carrier.
Meskipun meraih lebih daripada 335,000 likes, namun bahagian komen gambar tersebut dipenuhi dengan kata-kata ‘nasihat’ daripada pengikut Blake yang mengatakan kedudukan anak di bahagian dada Ryan adalah sangat merbahaya bagi bayi mereka yang berusia enam bulan itu.
Malah, ada peminat yang menyuruh aktor itu mengkaji semula manual penggunaan baby carrier agar perkara itu tidak berulang lagi yang mana mungkin boleh menyebabkan bayinya kelemasan.
Ada betulnya cakap pengikut mereka, mungkin pelakon tu tersilap pandang.
Tapi apa-apa pun seperti yang diketahui selebriti-selebriti Hollywood tidak cepat melatah biarpun mereka teruk dikritik dan dihentam peminat.
Mereka buat relax, buat cool je.. Macam ni lah best, tak macam sesetengah artis kita, cepat sangat melatah kalau selalu dikritik oleh followers mereka.  Oppsss.. – MYNEWSHUB.CC
Ryan Reynolds’ Baby Girl Is Allergic to Sleep
https://www.youtube.com/watch?v=epXxrBQvvO0