Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Berang Mangsa ‘Miskin’, Penyamun...

AMPANG  - Berang terpilih mangsa yang ‘miskin’ menyebabkan dua lelaki bertindak membelasah seorang wanita...

Majlis Daerah Bagan Datuk...

BAGAN DATUK — Majlis Daerah Bagan Datuk (MDBD) kini secara rasmi mengambil alih...

Lelaki ‘Taklik’ Isteri Hanya...

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang ‘menghukum’ jatuh talak kepada isterinya sekiranya...

Umat Islam Perlu Bina...

IPOH - Umat Islam perlu membina semula ketamadunan agung kerana ia dapat mengembalikan...

Sah Haram, Boleh Didakwa Jika Sebut Nama Pakatan Rakyat

SESUATU yang jarang diberi perhatian ialah bagaimana selama ini pemimpin kerajaan Kelantan dan Pulau Pinang tidak pernah merujuk nama rasmi pentadbiran negeri mereka itu di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya jika diteliti, pemimpin negeri itu merujuk diri mereka sebagai Kerajaan Pas Kelantan atau Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan melihat logik parti berkenaan adalah dominan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Cuma Selangor mempraktikkan amalan sebutan Kerajaan PR kerana walaupun Menteri Besar (MB) adalah PKR, namun ADUN parti itu kurang dengan DAP dan Pas adalah paling ramai serta kebetulan sama banyak kerusi.

Malangnya, tindakan DAP pada 16 Jun lalu mengisytiharkan PR sebagai sudah dibubarkan setelah Pas pada muktamar tahunan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP membongkar ‘kerapuhan’ kerajaan Selangor.

Secara teknikal, apabila PR diumumkan sebagai sudah ‘berkubur’, pentadbiran negeri Selangor dianggap kerajaan longgar (meminjam ayat asal Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sendiri) dengan campuran tiga parti anti-BN.

Lucunya, krisis DAP-Pas rupa-rupanya mendedahkan banyak isu tersirat termasuk tiada koordinasi antara sesama mereka dan akhirnya PKR ambil jalan selamat; tutup mulut meskipun Ketua Pembangkang di Parlimen ialah PKR.

Lebih kelakar lagi Pas apabila pemimpin mereka sendiri keliru sama ada mahu menyatakan gabungan PR itu sebagai sudah pun mati atau masih hidup bernyawa dan paling lawak antarabangsa; tengah pengsan atau koma.

Ini bukan hal orang luar tetapi dalam Pas sendiri belum ‘selesai’ bab status hayat PR ini. Bayangkan pagi Jumaat, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dengan yakin kata PR masih hidup di depan semua pemberita.

Ironi, sebelah malamnya pula bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kata PR sudah mati. Sehari sebelum itu, pada Khamis bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali kata PR kini hanya ‘pengsan’. Biar betul!!!

Sekalipun ketiga-tiga mereka bercanggah pandangan, tetapi dalam struktur sesebuah parti politik cakap Abdul Hadi selaku Presiden yang layak dipercayai, tetapi ia tegas lantang dipertikaikan pula oleh Mohamad Sabu.

Baginya cakaplah apa sekalipun, gabungan PAS-PKR-DAP sudah pecah. “Bagi saya PR sudah tiada lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Shah Alam dan meminta wartawan kena minta penjelasan dari Abdul Hadi sendiri.


Selain Mohamad Sabu, kalangan pimpinan golongan bukan ulama atau popular disebut sebagai Anwarinas atau pro-PR yang habis tewas dalam pemilihan Pas baru-baru ini rata-rata menganggap PR sudah tidak wujud.

Berbeza dengan Pas yang boleh buat U-turn tanpa disangka, sebaliknya DAP secara istiqamah menganggapp usul Dewan Ulama Pas itu bermakna Pas rasmi sudah bercerai dengan DAP dan bermakna automatik PR sudah mati.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula lebih pelik apabila beliau tidak pernah kata PR sudah mati tetapi selesa menggunakan istilah ‘gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal’.

Hakikatnya, sama ada hidup atau mati atau pengsan sekali pun, PR sebetulnya adalah organisasi haram yang tidak pernah didaftarkan secara rasmi dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sejak dahulu lagi.

Tidak hairanlah sehingga kini, usah ditanya siapakah Pengerusi PR atau penyandang utama lain seperti setiausaha, bendahari, alamat sekretariat, logo, lambang, lagu rasmi waima laman web organisasi tersebut.

Jangan pergi jauh, cukup lihat semasa pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil (PRK), tiga parti itu bertanding atas tiket masing-masing, bahkan banyak kes mereka bersaing sesama sendiri lawan calon BN.

Meminjam ayat popular beberapa pemimpin gabungan itu, PR kononnya mengamalkan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju, sebenarnya mereka cuba menipu rakyat terang-terangan dan berselindung atas nama demokrasi.

Tanpa disedari, tindakan mempromosikan PR walau dengan apa cara sekali pun sebetulnya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966 yang boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan denda RM15,000.

Begitulah baiknya kerajaan BN yang selama ini tidak bertegas terhadap PR bagi mengelak ditohmah fitnah jahat kononnya takut dengan mereka walaupun hakikatnya gabungan tiga parti itu adalah haram di sisi undang-undang.

Allah SWT Maha Kaya, pakatan ditubuhkan sejak 2008 itu dengan matlamat menghasut rakyat benci BN akhirnya mati bukan kerana diharamkan ROS, tetapi mainan politik kotor sesama mereka sendiri. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori