Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat El Salvador Ratapi...

APA la dosanya badak air ini sampai dipukul dengan kejam hingga mati di...

Wanita Maut Kereta Terbabas...

TANGKAK - Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Alza yang dipandunya merempuh sebuah...

Sivasangari Harap Tuah Deepavali...

KUALA LUMPUR — Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari mengharapkan tuah perayaan Deepavali dalam...

‘James Bond’ Mahu Jual...

LELONG... Tokoh perisikan Inggeris terunggul di layar perak, James Bond, dilaporkan mahu 'berpisah'...

Saifuddin Turut Nafi Penubuhan Parti Baharu

KUALA LUMPUR – Ketua Gerakan Kesederhaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah turut tampil menafikan beliau dan Adik bongsu Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak berhasrat menubuhkan sebuah parti politik baharu.

Saifuddin menegaskan, beliau dan Nazir serta rakan-rakannya yang lain tidak pernah mengadakan perbincangan untuk mewujudkan parti politik baharu seperti dilaporkan sebuah portal berita.

“Saya mahu mengesahkan bahawa ada perbincangan antara Nazir dan rakan termasuk saya berhubung sosio politik semasa dan situasi ekonomi.

“Kami sedang berfikir untuk membentuk sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sebagai platform kepada suara kesederhanaan,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nazir hari ini terlebih dahulu menafikan ura-ura mengatakan beliau berhasrat untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu seperti yang dilaporkan sebuah portal.


“Ia tidak benar,” ringkas katanya memetik Malaysian Insider.

Memetik Malaysian Insider, Nazir mengakui pernah berbincang dengan beberapa orang mengenai penubuhan sebuah NGO tetapi ia masih di peringkat lontaran dan perkongsian idea sahaja.

Nazir sudah pun mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin perniagaan di Britain dan Kuala Lumpur untuk membincangkan penubuhan parti politik tidak berpihak selain sudah menemui Ketua Gerakan Kesederhaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi penaung parti tersebut. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori