KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana memuat naik gambar dan status memfitnah mereka berdua di laman Facebook miliknya Mac lalu.
Najib atas kapasiti peribadi dan Rosmah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu.
Melalui pernyataan tuntutan, Najib dan Rosmah selaku plaintif berkata, Kor Ming memuat naik gambar mereka dalam laman Facebooknya beserta kenyataan yang memfitnah mereka.
Sehubungan itu, kedua dua plaintif menuntut ganti rugi fitnah daripada Kor Ming (defendan), injunksi menghalang defendan daripada menerbitkan perkataan fitnah itu dan penerbitan permohonan maaf oleh defendan. – mynewshub.cc