Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tabika Kemas Bakal Dilanjut...

SEPANG - Sesi pembelajaran Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bakal dilanjutkan sehingga 5...

Penunggang Ducati Monster Maut...

KUANTAN - Seorang kontraktor maut selepas motosikal berkuasa besar jenis Ducati Monster yang...

Najib Harap Keluarga Mangsa...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap keluarga mangsa...

EPL: Chelsea Lepaskan Bintangnya...

LONDON - Perancang Chelsea, Marco van Ginkel bersetuju untuk menyertai Stoke City secara...

“Saya Memang Bodoh,” Pelancong Bogel Britain Mohon Maaf

SALAH seorang warga asing yang bertindak membuka baju di puncak Gunung Kinabalu, Eleanor Hawkins, membuat permohonan maaf setibanya dia di Britain, semalam.

Ujar Eleanor, 24, di hadapan rumahnya di Draycott, “Saya sedar tindakan saya bodoh dan saya juga sedar telah menyinggung banyak pihak di Sabah atas tindakan tersebut. Untuk itu, saya benar-benar memohon maaf.”

Pelancong Yang Bogel Di Sabah Selamat Pulang Ke UK

Wanita itu tiba di Heathrow kira-kira jam 5:17 pagi semalam dari Kuala Lumpur sebelum dibawa sekuriti ke kereta untuk membawanya pulang.

Sebaik tiba di kediaman, dia disambut oleh kedua ibu bapanya, Tim dan Ruth.

299C38F200000578-3122953-image-a-26_1434295668808

Ujar ibunya, “Kami sangat lega setelah Eleanor pulang ke rumah selepas menghadapi saat-saat trauma.

“Kami sedar dia melakukan kesalahan dan tidak menghormati budaya di sana, dan dia telah memohon maaf kepada penduduk Sabah.

“Eleanor telah diadili sebaiknya oleh pihak berkuasa dan selesai menjalani hukumannya. Kes tersebut kini ditutup.”

Sebelum dihantar pulang, Eleanor telah menjalani hukuman penjara selama tiga hari seperti yang dijatuhkan mahkamah kepadanya.


2988298800000578-3122953-Backpackers_including_Miss_Hawkins_stripped_naked_on_top_of_Moun-a-12_1434223248930

Dalam kes tersebut, sekumpulan pelancong dari beberapa negara dikecam teruk penduduk Malaysia setelah mereka bergambar dalam keadaan bogel ketika mendaki Gunung Kinabalu.

Bagi penduduk tempatan di Sabah, mereka mempercayai gunung tersebut memiliki semangat yang perlu dijaga dan dihormati.

Lantas, tindakan pelancong-pelancong berkenaan dikaitkan dengan kejadian gempa bumi sehingga mengorbankan 18 nyawa kerana dianggap semangat gunung ‘marah’ telah marah.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Video Permohonan Maaf Eleanor Hawkins Selepas Tiba Di Hadapan Kediamannya

https://www.youtube.com/watch?v=2fGBL2a9tu0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori