Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kabinet Tentukan Potongan Elaun...

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menyerahkan kepada Kabinet berhubung cadangan elaun menteri dan ahli...

Kebimbangan Koronavirus Terus Beri...

KUALA LUMPUR - Kebimbangan mengenai wabak koronavirus dan potensi impaknya kepada pertumbuhan dunia...

Rayani Air Nafi Operasi...

PETALING JAYA - Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air menafikan operasinya...

Lady Gaga, Black Panther...

LOS ANGELES - Lady Gaga, runut bunyi ‘Black Panther' dan penyanyi lagu rakyat,...

Sayangi Ibu Anda: Inilah Saiz Sebenar ‘Rahim’ Wanita

SESUNGGUHNYA, wanita adalah makhluk yang begitu istimewa dan sebaik-baik ciptaan Allah SWT, sehinggakan di dalam Al-Quran sendiri terdapatnya surah yang diturunkan khas buat wanita iaitu surah An-Nisa.

Hebatnya wanita juga dinilai dengan ketabahannya menanggung kesakitan ketika bersalin yang dikatakan bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak.

Malah, perkongsian daripada seorang pelajar perubatan, Hafizsuratman menerusi laman Instagramnya tentang saiz uterus atau rahim wanita juga bakal mengejutkan anda.

“Ini adalah normal saiz uterus perempuan.

Tapi percaya tak, Subhanallah, uterus kecil inilah yang akan membesar dan hold baby dan placenta (uri) sekali. Boleh kembang besar berpuluh-puluh kali ganda sampai boleh hold baby yang twin sampai 7 8 twin sekali macam yang jadi kat USA dulu. Bayangkan… Yeap, women is a pretty amazing creatures.


Dan di organ kecil inilah bakal lahirnya mujahid dan mujahidah agama, yang soleh dan solehah yang lahirnya hanya dari rahim2 ibu yang solehah. Teringat kalam Wali Allah Al Qutub Sheikh abdul Qader Al Jilani ra, “Wali Allah hanya akan lahir dari riba2 ibu yang solehah”.

Maka sayangilah ibu2 anda. Saya tak boleh bayang dengan organ kecik macam ni boleh tanggung anak2 selama lebih 9 bulan dalam perut. Sayangi ibu anda. Sayangi isteri kepada anak-anak anda. Rindu ibu.. huhuhu. Sebab pengorbanan inilah, tiada langsung hijab doa antara ibu kepada Allah. Lebih makbul dari doa seorang Sheikh pada anak muridnya”.

Semoga perkongsian Hafizsuratman membuatkan kita lebih menghargai ibu serta isteri kepada anak-anak anda. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=kd1dc9b6LHQ

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori