Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hotel Mengakui Klip CCTV...

PETALING JAYA - Hotel di tengah-tengah skandal video seks yang dikaitkan dengan Menteri...

Amerika Syarikat Catat Kes...

DALLAS - Seorang pesakit yang baharu pulang dari Liberia disahkan sebagai kes pertama...

Realiti Di Sebalik Gambar...

SEMEMANGNYA sudah menjadi satu trend untuk golongan anak muda di seluruh dunia sekarang...

Sabah Optimis Laksana Sistem...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah optimis untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang...

Scha Minta Peminat Tak Banding-Bandingkan Anak Selebriti

KALAU diperhatikan sekarang ni memang ramai selebriti yang gemar ‘menayang’ anak mereka di media sosial masing-masing lebih-lebih lagi menerusi laman Instagram.

Baguslah macam tu, sekurang-kurangnya peminat dapat melihat sendiri perkembangan anak-anak selebriti yang menjadi pujaan hati mereka.

Namun dalam pada itu, ada juga peminat dan pengikut laman sosial artis-artis ini gemar membanding-bandingkan anak-anak selebriti ini daripada segi kecomelan, kepandaian dan sebagainya dengan meninggalkan komen-komen bernada negatif di Instagram mereka.

Mengakui terguris dengan komen-komen sebegitu, pelakon cantik Scha Al-Yahya berharap agar situasi membanding-bandingkan anaknya dengan mana-mana anak selebriti lain dapat dihentikan.

Ini kerana baginya, perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan kebanyakan selebriti hanya ingin berkongsi kegembiraan mereka dengan cahaya mata masing-masing.

“Sekarang ini kecoh apabila ada pihak yang cuba membandingkan bayi siapa comel dan sebagainya. Bagi saya, isu sebegini tidak seharusnya timbul kerana masih kanak-kanak dan tidak berdosa. Mereka masih kecil dan apalah dosa mereka untuk dibandingkan itu ini.


“Hentikanlah bercakap perkara yang tidak elok dan membandingkan anak saya, anak Che Ta, anak Black, anak Tomok dan sebagainya,” katanya memetik BH Plus.

Menurut Scha lagi, peminat perlulah lebih bertanggungjawab dan mempunyai sivik sebelum menulis sebarang komen yang boleh mengguris hati dan perasaan seseorang selebriti itu.

Dalam pada sibuk menjaga dan membesarkan anaknya Lara Alana yang genap berusia satu tahun pada 22 Julai ini, Scha dan suami, Awal Ashaari kini sedang sibuk menguruskan perniagaan butik Gardrobe Haus yang terletak di Empire Damansara, Damansara Perdana. – MYNEWSHUB.CC

scha1
Keluarga bahagia Scha dan Awal dengan anak mereka, Lara Alana.

Apa Kata Malaysia: Bersama Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori