Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kak Limah ‘Hantui’ Seminggu...

UNIK... Kejayaan filem Hantu Kak Limah (HKL) meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36.2...

Wanita Dibakar Selepas Gagal...

INDIA – Gara-gara enggan membayar rasuah bagi membebaskan suaminya yang ditangkap kerana disyaki...

‘Pegawai Atasan Panggil, Beri...

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, dia...

Polis Tawau Tahan Doktor...

TAWAU - Polis hari ini menahan seorang doktor gigi di klinik gigi sebuah...

Sekolah Di China Aplikasi Teknik ‘Fire Drill’ Sebenar

KEBIASAANNYA kemahiran menyelamatkan diri dari kebakaran hanya melibatkan kepantasan masa seseorang itu keluar dari bangunan dengan selamatnya.

Kecekapan diukur menerusi masa yang diambil untuk keluar dari kawasan kebakaran.

Namun, sebuah sekolah di Shanghai, China, Nanhu Vocational lebih ekstrem dengan latihan kebakaran atau fire drill yang dilakukan mereka.

Nak tahu apa dia?

Mereka menggunakan api sebenar untuk menjadikan latihan itu seakan benar-benar berlaku kepada pelajar mereka.

Pelajar-pelajar perlu melalui beberapa siri pintu terbakar dengan masing-masing dibekalkan dengan kain napkin untuk menutup mulut dan hidung agar tidak lemas dengan asap kebakaran.

china

Selepas melalui pintu terbakar, mereka kemudiannya perlu menghentikan api daripada merebak dengan mengunakan alat pemadam api.

Sebanyak 1,000 pelajar berlainan gred terlibat dalam kursus kebakaran itu.


Menurut jurucakap jabatan bomba, mereka berusaha untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan sebenar ketika kebakaran dan berharap mereka dapat memanfaatkan apa yang telah dipelajari sekiranya berlaku insiden kebakaran pada masa akan datang.

“Kami tidak mahu mengambil risiko di kemudian hari, jadi kami menyediakan latihan kebakaran yang sebenar agar mereka sentiasa bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya kebakaran terjadi.

“Walaupun mungkin kursus ini diadakan dalam keadaan api kecil, namun kami ingin mengingatkan mereka bahawa api boleh merebak dengan cepat, jadi kami mahu mereka bersedia dari segi fizikal dan mental dan jangan cepat panik jika berhadapan dengan situasi mencabar seperti itu,” katanya.

Mungkin latihan kebakaran seperti ini boleh diaplikasikan di setiap sekolah di Malaysia agar pelajar di sini akan lebih bersedia sekiranya berlaku kebakaran.

Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebung. Dari kecillah kena ajar supaya mereka tidak panik dan tahu apa yang perlu dilakukan. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

china1

Fire Safety at a Chinese School

https://www.youtube.com/watch?t=43&v=BsJi-mzlWJg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori