MELALUI pengalaman kami, jika anda berpuasa dan berdiet dengan betul, berat badan boleh turun sehingga 10 kilogram dalam masa 30 hari.
Namun, masalah kita sebagai orang Malaysia ialah menu nasi berlauk lebih-lebih lagi yang terdapat di Bazar Ramadhan adalah sangat mengiurkan.
Sebenarnya nasi yang menjadi makanan ruji kita ini adalah sangat ‘berbahaya’ kepada diet.
Jadi apakah cara paling mudah untuk mengawal jumlah nasi yang dimakan setiap hari?
Senduk nasi pintar Dretec keluaran Jepun ini mungkin dapat membantu.
Ia bukan sahaja mengira berat nasi yang disenduk malah boleh menganggar jumlah kalorinya juga.
Senduk pintar ini hanya memerlukan 3 saat untuk melakukan perkiraan.
Ini adalah jauh lebih pantas dari mengiranya sendiri.
Kepada anda yang malas mengira kalori dan gagal mengawal nafsu makan nasi, senduk ini mungkin dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
Harga sebatang senduk pintar ini ialah sekitar RM 170.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Japantrend