Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isu Pusat Judi Haram:...

TERKINI: Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di rumahnya di Ampang, 3 petang ekoran...

Aliran Trafik Utara, Selatan...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik ke utara dan selatan bergerak lancar dan terkawal...

99,055 Pemegang Dokumen IMM13...

KOTA KINABALU - Daripada 99,055 pemegang dokumen IMM13 yang direkodkan Jabatan Imigresen Sabah...

Durian Di Kulim Berharga...

KULIM - Tidak sampai 15 minit lori sampai di tapak gerai dan bakul...

Sepasang Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan Di Yong Peng

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri rentung apabila kereta yang dinaiki mereka dilanggar sebuah lori kontena lalu terbakar di Kilometer 105, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) dekat Yong Peng, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad yang mengesahkan kejadian berkata mangsa dikenali sebagai Sudharshan Vijaya Renga, dan isterinya Anuja Nirumal Kumar, masing-masing 32 tahun.

Sementara itu pemandu lori kontena itu yang berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, kata beliau.

“Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Baharu, baru keluar dari susur perhentian Yong Peng.

“Menurut saksi, tiba-tiba kereta dinaiki mereka terhenti di tengah lorong seperti mengalami kerosakan enjin,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kemudian, sebuah lori kontena dari arah belakang tidak sempat mengelak dan terus melanggar belakang kereta tersebut menyebabkan kereta itu terbabas lalu terbakar.


“Kedua-dua mangsa tidak sempat keluar (dipercayai pengsan) pada kejadian kira-kira 11 pagi tadi,” kata Din.

Mayat kedua mangsa kini dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

https://youtu.be/3QV-pE_-Bsc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori