VIDEO insiden eskalator atau tangga bergerak yang menjadi viral baru-baru ini sebenarnya merupakan kejadian yang berlaku tahun lalu, yang mana ianya tidak melibatkan sebarang kematian.
Video: Bahaya! Eskalator Tiba Tiba Patah Balik Ke Belakang
Menurut pihak pengurusan pusat beli-belah Setia City Mall menerusi laporan Rakyat Post, mereka mengesahkan kejadian itu berlaku pada 21 Disember tahun lalu.
Namun tiada sebarang kecederaan serius yang direkodkan berikutan insiden terbabit.
“Insiden di dalam video yang dimuat naik itu telah berlaku pada 21 Disember 2014. Tiada seorang pun yang mengalami kecederaan serius. Pasukan keselamatan juga segera digerakkan ketika kejadian,” kata wakil pusat beli-belah tersebut.
Sehubungan itu, pihak mereka telah melantik pihak ketiga untuk memeriksa semua eskalator dan lif sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk mengelak insiden itu daripada berulang.
“Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga memeriksa dan menyemak balik eskalator berkenaan supaya ia selamat digunakan,” katanya.
Diharapkan semua pihak yang bertanggungjawab sentiasa memastikan keselamatan para pengunjung diberi keutamaan dan diletakkan di tangga teratas dalam piagam pelanggan mereka. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=z4-KmXL1cV0