Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gobind Kecam Ugutan Jenayah...

KOTA KINABALU - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini berkata...

Kerajaan Jamin Malaysia Tidak...

KUALA LUMPUR — Kerajaan memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan menjadi ‘tong sampah’...

UMNO Sedia Sokong Tun...

UMNO sedia menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad demi kebaikan tanah air...

Wanita Parah Diragut Ketika...

ALOR SETAR - Seorang wanita cedera parah selepas diragut ketika sedang menunggang motosikal...

Shah Jaszle Kahwin Secara Senyap Kerana Mahu Privasi

RAMAI peminat sudah mengetahui yang aktor popular ini telah mendirikan rumah tangga dengan gadis idamannya, Hanis Husna pada 1 Mei lalu.

Namun, perkara itu diketahui pun sebaik foto-foto perkahwinannya tersebar secara meluas di laman-laman sosial.

shahzz

Bercakap mengenai isu itu, Shah Jaszle berkata bukan dia sengaja merahsiakan majlis pernikahannya sebaliknya hanya memenuhi permintaan keluarga kedua-dua belah pihak yang mahukan privasi untuk hari bahagiaanya itu.

Memetik Harian Metro, Shahz menyatakan, “Betul, saya sudah berkahwin pada 1 Mei lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sepatutnya kami berkahwin Disember lalu, tetapi menangguhkannya kerana arwah ayah sakit. Sekali lagi majlis ditangguhkan apabila ayah meninggal dunia pada Februari lalu. Selepas tiga bulan, barulah kami sepakat bernikah.


“Bukan sengaja merahsiakan hal ini, tetapi ia atas permintaan keluarga yang mahukan majlis kami berlangsung secara privasi. Tambahan pula kes mahkamah (tangkap khalwat) saya masih berjalan. Selepas nikah saya ada buat majlis makan malam. Insya-Allah majlis di sebelah isteri juga akan ada selepas ini,” katanya.

Shahz dan isteri yang merupakan seorang model sambilan selamat dinikahkan di Masjid Kampung Ara, Damansara dengan bersaksikan ahli keluarga terdekat kedua mempelai.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori