Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Akan Mohon Sambung...

GEORGE TOWN - Polis akan memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan perintah tahanan reman...

Fenomena Ayunan Madden-Julian Punca...

KUALA LUMPUR - Keadaan hujan berlebihan yang dialami sejak kebelakangan ini khususnya di...

Sukan SEA Di Singapura...

SEREMBAN - Penyertaan Malaysia pada Sukan SEA di Singapura Jun depan adalah lebih...

Yuran Percuma Di Institut...

KUALA LUMPUR - Kemudahan yuran percuma bagi pengajian di beberapa institut latihan kemahiran...

Siapa ‘Hamlau’ Ni Nak Komen Pasal Pakaian Aku? – Nazri Aziz

HEBOH jadinya media sosial apabila seorang netizen yang dikenali sebagai Suhairi Sujairi lantang bersuara mempersoalkan etika pemakaian Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Nazri Aziz yang dilihat tidak mengikut protokol majlis rasmi.

“Kegagalan memahami atau saja-saja buat tak paham protokol dan etiket majlis rasmi? Janganlah pakai seghopa nak melancong dalam majlis rasmi. Mohon PA Menteri Pelancongan terasa,” tulis Suhairi.

1 (1)

Kenyataan lelaki itu sekali gus mendapat perhatian anak menteri berkenaan, Nedim yang bertindak memaklumkan kepada bapanya ketika makan tengah hari bersama.

Berang dengan teguran tersebut, Nazri menerusi akaun Instagram Nedim menyelar kenyatan Suhairi yang berbunyi;

“Siapa dia ni nak comment pasal my dressing? Siapa budak ni? Aku daripada dulu macam ni pun. Rakyat dah pilih aku 5 penggal pilihan raya, tak pernah kalah.

“Kalau hamlau ini rasa dia bagus sangat, tak payah cakap banyak. Aku tunggu dia di Padang Rengas untuk pilihan raya yang ke-14 ini. Kita tengok Padang Rengas nak dia atau aku?


“Dan tak payah nak comment aku sombong. Aku memang sombong dengan orang macam ni! Peduli apa saya nak pakai apa. Semua orang tau saya sempoi, jangan telanjang sudah,” kata Nazri.

Perghhh… pedas sekali ayat Nazri!

Kami pasti, si polan yang menegur itu pun tak sangka sampai begitu sekali dia bakal ‘diamuk’ gara-gara teguran sarkastiknya itu.

Menurut Nedim yang turut dikenali ramai sebagai kekasih Nora Danish, kenyataan balas disampaikan oleh bapanya menerusi laman sosial miliknya berikutan Menteri Pelancongan itu tidak mempunyai sebarang akaun media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=YV7bmsgShDk

34 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori