Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘AKU 1’ Catat Bidaan...

IPOH - Nombor plat kenderaan siri AKU 1 yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan...

Bekas Naib Presiden PAS,...

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dilantik sebagai Ketua...

PAN Kata Kecewa Dengan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menzahirkan rasa kecewa parti itu terhadap...

Banyak ‘Goodies’ Untuk Sabah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus komited mengutamakan keperluan Sabah dan...

Siapa Xavier Andre Justo, Si Penjual Maklumat Palsu 1MDB?

BERIKUTAN pendedahan mengenai pembocoran maklumat syarikat 1MDB oleh Xavier Andre Justo, ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya gerangan individu berkenaan dan apa tujuannya melakukan perkara tersebut.

Melalui laporan media, Justo telah ditangkap oleh pihak berkuasa negara gajah putih, Thailand Isnin lalu namun latar belakang tentangnya masih samar.

Bekas Staf Bongkar Portal Terkenal Fitnah 1MDB

Individu yang berasal dari Switzerland itu dilaporkan menjual maklumat tentang syarikat pelaburan milik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak tertentu, malah disyaki turut menjual banyak maklumat sulit lain atas tujuan untuk menampung kehidupan mewahnya.

Berdasarkan maklumat, Justo dikatakan mampu tinggal di sebuah villa mahal 8 bilik di pulau eksklusif tersebut bersama isteri barunya.

Villa mewah 8 bilik yang dimiliki Justo. Sumber foto dari NST
Villa mewah 8 bilik yang dimiliki Justo. Sumber foto: NST

Menurut laporan New Straits Times online, kisah Justo sebelum ini agak tragik. Selepas dipecat, dia dikatakan ke Thailand dan memulakan syarikat perundingan – Justo Consulting, namun bukti-bukti tentang kewujudan syarikat tersebut gagal ditemui. Malahan, laman sesawang rasminya hanya tertulis “sedang dalam pembikinan”.

Akibat desakan wang, dia kemudiannya memulakan bisnes salun menggelapkan kulit yang diberi nama ‘Always The Sun’  namun akibat servis dan maklum balas yang teruk daripada pelanggan, bisnes tersebut turut berkubur.

Maka atas desakan kewangan, Justo hanya melihat jenayah sebagai jalan singkat untuk meraih pulangan lumayan.

Meneruskan kehidupannya di Thailand tanpa pekerjaan dan sumber kewangan yang stabil, dia akhirnya mendapat peluang pekerjaan iaitu dengan sebuah syarikat minyak Arab Saudi, PetroSaudi International. Dia ditugaskan untuk mengendalikan bahagian teknologi maklumat.

ps2

Walau bagaimanapun, dia hilang pekerjaan tersebut akibat tidak bertanggungjawab, tetapi tetap menerima sejumlah wang mengikut syarat perjanjian pekerjaan.

Mungkin tak berpuas hati dengan tindakan itu, Justo dipercayai telah mencuri sejumlah data sulit lagi penting daripada bekas majikannya sebelum bertindak menjualnya kepada pembida tertinggi.


Dia menggunakan kedudukannya sebagai ketua bahagian IT untuk mengakses sistem komputer syarikat dan menyalin dokumen serta emel dengan niat jahat meraih kesenangan.

Malah, Justo juga bertindak mengugut bekas majikannya itu supaya memberikan sejumlah wang kepadanya sebagai cagaran kepada maklumat berkenaan.

Menurut sumber, dia mahukan wang tersebut sebagai tukaran kepada data yang dimiliki, serta mengugut bahawa dia mampu untuk mendapatkan lebih banyak wang andai menjualnya pada pihak yang berminat.

Mungkin kedengaran bijak, tapi tindakan tersebut akhirnya menyebabkan Justo ditangkap dan bakal didakwa tidak lama lagi.

30263063-03_big

Senang cakap, nafsu tamak memang mampu menjadi jalan kepada manusia untuk hidup serba-serbi diulit kekayaan, namun ada sebahagiannya kurang bernasib baik kerana ia turut menjadi jalan kepada hidup dalam kesengsaraan. Dalam kes Justo, kesengsaraan yang ditemuinya.

Awal minggu ini, helah Justo akhirnya menjerat diri sendiri. Selain ditahan, pemacu cakera keras dan alat penyimpan data miliknya turut dirampas sebagai bahan bukti.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Isu Justo: PDRM & Polis Thailand Akan Bekerjasama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori