PUTRAJAYA – YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak (@najibrazak) telah berikrar sebagai penderma organ yang turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (@dralihamsa) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Farida Mohd Ali semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada 17 Jun 2015.
lkrar ini memberi sinar harapan kepada Iebih 19,000 pesakit yang memerlukan organ di Malaysia.
Beberapa Menteri Kabinet juga telah berikrar sebelum ini antaranya YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, YB Datuk Seri LiowTiong Lai, YB Datuk Seri Mustapha Mohamed, YB Datuk Seri Shahidan Kassim dan YB En Khairy Jamaluddin.
lkrar derma organ bererti seseorang melahirkan hasrat untuk menderma organ selepas meninggal dunia. Seseorang yang telah berikrar dinasihatkan untuk memberitahu ahli keluarga terdekat mengenai hasratnya kerana berdasarkan peruntukan Akta Tisu Manusia 1974, hanya ahli keluarga sahaja yang berhak untuk memberi kebenaran untuk menderma organ simati pada saat kematian. Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 1970 telah mengharuskan pendermaan organ.
lkrar YAB Perdana Menteri dan pemimpin – pemimpin lain memberi harapan kepada Iebih 19,000 pesakit yang memerlukan. Rakyat Malaysia disarankan untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan cara hidup yang sihat bagi mengelak penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan darah tinggi seterusnya mengelak penyakit kegagalan organ seperti buah pinggang.
Kementerian Kesihatan menghargai sumbangan dan sokongan pemimpin tanah air terhadap kempen derma organ yang dijalankan oleh pihak Kementerian.Saya berharap agar Iebih ramai akan tampil kehadapan secara sukarela bagi membantu pesakit yang memerlukan.
Maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai derma organ boleh didapati di www.dermaorgan.gov.my atau www.facebook.com/dermaorgan.
#dermaorgan #persadatransformasi
DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman B. Abdul Rahman
Tel : 03-88833470
Emel : [email protected]
– BERNAMA