Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

JBPM Hantar 21 Tan...

GUA MUSANG : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi unit udaranya semalam,...

Playboy Tampil Wanita AS...

WASHINGTON DC - Setelah 62 tahun memaparkan wanita bogel, majalah terkenal antarabangsa Playboy...

KPDNKK Serbu Restoran Jual...

GEORGE TOWN - Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul hari ini...

Polis Tumpas Empat Kumpulan...

KUANTAN - Polis Pahang menumpaskan empat kumpulan samun di negeri itu selepas menahan...

Skuad Harimau Malaya Mungkin Dirombak Lagi

PETALING JAYA – Rombakan kedua mungkin dilakukan ke atas skuad Harimau Malaya selepas diaibkan 0-6 pada perlawanan kumpulan A kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Palestin, Selasa lepas.

Rombakan sebelum ini pernah dibuat oleh ketua jurulatih kebangsaan Dollah Salleh selepas skuad bimbingannya menentang Tottenham Hotspurs dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata satu mesyuarat akan diadakan petang ini untuk membincangkan mengenai prestasi merudum skuad kebangsaan pada aksi menentang Timor Leste dan Palestin pada 11 dan 16 Jun.

“6-0 ialah satu saat paling sukar bagi saya sepanjang saya terlibat dalam bola sepak dan saya sendiri tidak boleh terima.

“Petang ini, saya ada mesyuarat dengan Dollah sendiri. Biar Dollah dan pegawai teknikal yang akan buat penilaian kepada para pemain,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangan memorandum persefahaman antara FAM dan Liga J (J.League) di Wisma FAM, hari ini.

Menurut Hamidin, rombakan yang akan dibuat kali ini juga berkemungkinan mengambil kira untuk memilih pemain yang lebih muda yang dilihat berpotensi dan menunjukkan prestasi yang baik untuk diserap dalam skuad kebangsaan.

Dalam pada itu, Hamidin yang juga pengurus skuad kebangsaan berkata kedudukan Dollah masih kekal namun ia bergantung kepada Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk membuat keputusan berhubung perkara berkenaan.

Katanya, buat masa ini, beliau dan Dollah sedang menyiapkan laporan prestasi skuad kebangsaan untuk dibentangkan pada mesyuarat yang dijadualkan pada 10 Julai.


Sementara itu, berhubung pemilihan pemain untuk mewakili skuad kebangsaan, Hamidin berkata FAM dan jurulatih membuat pemilihan terhadap pemain yang terbaik di samping mereka yang mempunyai keinginan untuk mewakili negara.

“Kita tetap akan memilih mana-mana pemain yang ada keinginan untuk mewakili skuad kebangsaan dan mana-mana pemain yang dipanggil jurulatih dan FAM perlu hadir melainkan ada kecederaan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meminta pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak dipilih dalam skuad negara.

Hamidin berkata kenyataan yang dibuat Presiden PBNJ itu berikutan ada beberapa pihak menerusi laman sosial menyalahkan pemain JDT yang menyebabkan kekalahan ketika aksi menentang Palestin di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tunku Ismail semalam mengeluarkan kenyataan dalam entri di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers yang meminta pengurusan pasukan kebangsaan tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mewakili negara pada masa akan datang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori