Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tingkat Gaji Minimum Penjawat...

SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan...

Upacara ‘Posogit’ Tenteramkan ‘Penjaga’...

KUNDASANG - Majlis Penasihat Gunung Kinabalu melakukan satu upacara 'Posogit' hari ini yang...

Tragedi Laser, Budak 8...

SEORANG kanak-kanak berusia 8 tahun maut selepas dihempap remaja lelaki ketika bermain di...

Murdoch Kritik Trump Isu...

ISU demontrasi di Charlottesville, Virginia pada 12 Ogos lalu terus menerima kritikan. Fokus...

Spesies Baru Semut Drakula Ditemui Di Madagascar

PENYELIDIK Amerika Syarikat menemui enam spesies semut drakula baharu yang belum pernah dikenal pasti sebelum ini di dua buah negara pulau di Lautan Hindi baru-baru ini.

Menurut laman akhbar Indonesia, Kompas.com, para saintis dari California Academy of Sciences menemui spesies semut drakula baharu itu di pulau Madagascar dan Seychelles.

Semut daripada kumpulan baka Prionopelta ini dinamakan drakula kerana semut ini mengedar nutrisi dalam tubuhnya dengan melukai dan menghisap darah semut yang lebih kecil dalam koloni pentadbirannya.

Prionopelta vampira, dinamakan demikian kerana semut ini membunuh mangsanya dengan menggigit seperti yang dilakukan hantu legenda penghisap darah vampire.

Anehnya, saiz fizikal tubuh semut vampire ini adalah kecil, hanya sepanjang 1.5 mm dan lebar 0.2 mm.


Di hutan, habitat serangga ini kerap dijumpai bermeter-meter di bawah permukaan tanah dan tertutup dedaunan serta sampah organik lain, membuatkan mereka hingga kini susah untuk dikenal pasti.

Jenis Prionopelta lain yang ditemui adalah Prionopelta subtilis. Penemuan enam spesies semut drakula baru ini boleh didapati di jurnal ZooKeys.

By: KhaeerM6

https://youtu.be/yfwtW0y8VJ4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori