MEMALUKAN dan tidak sensitif! Itu yang boleh dikatakan terhadap perbuatan sekumpulan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dirakam bergambar “macam comel” bersama barangan peniaga yang dirampas, baru-baru ini.
Perbuatan mereka kemudiannya dirakam oleh mangsa yang menyifatkan perbuatan itu tak patut kerana ianya seakan-akan tidak mempedulikan kesedihan peniaga yang baru dirampas barangan mereka.
Rasanya cakap banyak pun tak guna.. kerana gambar menjadi bukti segala-galanya.
Sekiranya benar mereka bertindak demikian maka apa yang boleh dikatakan perbuatan mereka telah mencemar nama baik jabatan yang diwakili.
Sepatutnya tugas penguatkuasaan dijalankan dengan penuh profesional tapi kalau macam ini gayanya tak nampak celah mana profesionalnya tu..
Diharapkan bos KPDNKK dapat menghantar kakitangannya menghadiri kursus berkaitan SOP dan kemanusiaan sewaktu menjalankan tugas merampas sumber rezeki orang lain lepas ni, nak-nak di waktu dah dekat Ramadan dan Syawal ni..
Memanglah peniaga dah lakukan kesalahan tapi apa salahnya punyai sedikit perasaan empati kan?
– MYNEWSHUB.CC
Video: Erm.. iklan terbitan KPDNKK?
Oleh: Rem Ramzi
Terima kasih kepada kpdnkk kerana membuat operasi sebegini.sbbnye kami peniaga barangan original sering ditindas oleh peniaga barang tiruan.mereka kaut keuntungan dgn hasil menipu warga Malaysia. Jual barangan tiruan sebenarnya salah disisi agama.mereka yg jual barang tiruan juga telah merosakkan perniagaan yg menjual barang original.sebenarnya utk pengetahuan semua.barangan original tidak akan mahal sekiranya pengguna memilih membeli yg original dan kita harus mengekang barangan tiruan..bila tiada brg tiruan.. secara tidak lansung barang original harganya akan mampu dimiliki oleh semua warga malaysia..percayalah.. jadi jgnlah kita hanya pandai menuding jari mencari salah sesiapa..banyakkan muhasabah diri.. maafkan sy.. dengan izin Allah swt sy mengundur diri.. Islam itu indah