Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

TVET Teras Lahir Tenaga...

KUALA LUMPUR - Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) berperanan penting bagi melahirkan...

Taktik Bapa Tidurkan Anak

AKIBAT terlampau penat dan mahu tidur, seorang bapa melukis mata palsu pada kelopaknya...

Kebakaran HSA: PM Ucap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan...

Doktor Kena Belasah Selepas...

Beijing (China) - Seorang doktor yang gagal menyelamatkan nyawa pesakitnya, cedera parah selepas...

Statistik Jenayah Akan Didedah Kepada Orang Ramai

MIRI – Satu mekanisme baharu untuk memerangi jenayah secara telus dan mengeratkan lagi kerjasama antara orang ramai dan polis sedang disusun, kata Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee.

Beliau berkata, sistem baharu itu akan membolehkan orang ramai mempunyai capaian terhadap statistik jenayah serta maklumat mengenai pecahan kes jenayah di semua lokasi di bandar utama Sarawak.

“Sistem ini sedang dikemas kini, kami mahu orang ramai bekerjasama dengan kami dalam memerangi jenayah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Gan, yang akan bertukar ke Kuching minggu depan bagi menyandang jawatan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti mulai 19 Jun, berkata dengan memahami statistik jenayah, polis dan orang ramai mudah menyusun aktiviti pencegahan jenayah untuk sesuatu kawasan.

Mengenai kes pecah rumah di Bandar raya Miri yang dilapor secara meluas dan dikongsi dalam media sosial, Gan berkata sehingga 10 Jun 2015, sebanyak 112 kes dilaporkan, berbanding 119 dalam tempoh sama tahun lepas.

“Majoriti kes pecah rumah di Bandar raya Miri berlaku pada waktu malam, dengan 71 kes berlaku pada waktu malam tahun ini, berbanding 119 dalam tempoh
sama tahun lepas,” katanya.

Kejadian pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di Bandar raya Miri mendorong dua parti politik — Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) — menubuhkan pasukan antijenayah sukarela mereka sendiri.


Dua parti politik itu aktif mengadakan pertemuan dengan penduduk dan membentuk jawatankuasa untuk melakukan rondaan di kawasan tertentu di Bandar raya Miri, terutama di kawasan kediaman.

Dalam perkembangan berasingan, Gan berkata jenayah yang dilakukan pendatang asing seperti peras ugut, pergaduhan dan merogol gadis bawah umur, adalah terkawal.

“Kebanyakan kes rogol berpunca daripada media sosial, mangsa berkenalan dengan pelaku melalui Facebook dan Wechat,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=fwfrFghFgI0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori