Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pengundi Mahu Lihat Masa...

KUALA LUMPUR - Pengundi mahu melihat rancangan dan dasar serta bagaimana masa depan...

Ribut Isis Tukar Nama...

GENEVA – Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) berpusat di sini pada Jumaat akhirnya menukar...

3 Maut, Polis AKSEM...

BUKIT KAYU HITAM - Tiga maut manakala seorang polis Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM)...

Jamil Khir Lancar Tabung...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Lembaga Tabung Haji (TH) hari...

Sukan SEA: Malaysia Tutup Tirai Dengan Raih 62 Pingat Emas

KONTINJEN Sukan Sea Malaysia berjaya meraih 62 pingat emas pada hari penutup temasya sukan dwi tahunan itu hari ini.

Pada temasya di Manila pada tahun 2005, Malaysia mengumpul 61 pingat emas, 49 perak dan 65 gangsa.

Malaysia kekal di kedudukan keempat dengan 62 pingat emas, 58 perak dan 66 gangsa.

sukan sea 2015

Kejayaan Malaysia berjaya mengumpul 62 pingat emas berjaya mengatasi jumlah 56 pingat emas yang telah disasarkan oleh kontinjen Malaysia yang diterajui oleh Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sebelum temasya sukan ini berlangsung sejak dua minggu lalu.

Pada hari terakhir Sukan SEA hari ini menyaksikan skuad badminton negara menyumbangkan dua pingat emas terakhir dalam acara perseorangan lelaki dan beregu wanita buat kontinjen negara.


Pemain perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng mudah mengenepikan rakan sepasukannya Muhammad Arif Ab Latif dengan straight set 21-8 dan 21-9 dalam perlawanan akhir.

Satu lagi emas disumbangkan beregu wanita negara, Soong Fie Cho/Amelia Alicia Anscelly menewaskan beregu sepasukan mereka Vivian Hoo/Woon Khe Wei.

Tahniah skuad Malaysia! – MYNEWSHUB.CC

Sukan SEA: Gimnastik artistik negara cipta kejutan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori