Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Selamat Mengundi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat mengundi...

Mufti Perlis Nasihat Umat...

KANGAR - Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan umat...

Cari Pendekatan Bantu Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Lebih 200 Kenderaan Pacuan...

Aktiviti sukan lasak kenderaan 4x4 itu merupakan anjuran kerjasama Rosok Offroad Club bersama...

Susulan Gempa Bumi: PM Arah Agensi Berkaitan Ambil Tindakan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua agensi kerajaan berkaitan mengambil tindakan berikutan kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter yang melanda Ranau pagi ini.

“Saya terima berita gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter yang melanda Ranau, Sabah pagi ini.

“Agensi dan aset kerajaan berkaitan diarahkan dan dikerah untuk mengambil tindakan,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 2.29 pagi ini.

Pusat gempa bumi itu terletak 6.2 darjah utara dan 116.5 darjah timur, kira-kira 25 kilometer tenggara Kota Belud, Sabah.


Gegaran turut dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.

Pada 5 Jun lepas, 18 orang termasuk warga asing merangkumi 14 pendaki Gunung Kinabalu dan empat malim gunung terbunuh dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di Ranau, Sabah. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori