Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Evo 2 Tidak...

SELESAI... Kontroversi filem aksi Polis Evo 2 terbitan Astro Show dan diarahkan oleh Joel...

Tren, Bas Prasarana Operasi...

SEMUA perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti...

Anggota PGA Lemas, 1...

SANDAKAN - Seorang anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA)  Sandakan ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas...

Pelabur Perlu Berjaga-Jaga Elak...

KUALA LUMPUR - Para pelabur perlu mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu bagi mengelak...

Susulan Kejadian Wabak MERS-CoV Yang Sedang Berlaku Di Republik Korea

PUTRAJAYA – Pada 20 Mei 2015, Republik Korea telah mengesan kes yang disahkan dijangkiti MERS-CoV. Kes tersebut mempunyai sejarah perjalanan ke beberapa buah negara di rantau Timur Tengah sebelum jatuh sakit.

Penularan jangkitan melibatkan kontak kes terbabit seterusnya dikesan telah berlaku. Sehingga 2 Jun 2015, sejumlah 25 kes yang disahkan dijangkiti Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) telah dilaporkan oleh Republik Korea termasuk 2 kematian.

Susulan perkembangan tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pelbagai aktiviti kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi potensi penularan jangkitan tersebut di Malaysia telah terus diperkukuhkan di pelbagai peringkat yang terlibat termasuk di Pintu Masuk Antarabangsa Negara.

Selain aktiviti saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa Negara, edaran kad amaran kesihatan turut dijalankan khususnya kepada para pelawat yang tiba dari rantau Timur Tengah.

Sebarang kes yang disyaki atau Patient Under Investigation (PUI) for MERS-CoV yang dikesan sama ada semasa saringan di Pintu Masuk Antarabangsa Negara, hospital atau klinik akan dirujuk untuk menerima pemeriksaaan dan rawatan lanjut di hospital yang dikenalpasti.

Bermula dari November 2013 sehingga penghujung bulan Mei 2015, pihak KKM telah menerima sejumlah hampir 800 notifikasi di mana kebanyakannya daripada kalangan jemaah haji dan umrah dari seluruh negara yang dikategorikan sebagai kes PUI MERS-CoV. Selain daripada satu (1) kes positif yang dikesan pada bulan April 2014, kesemua kes yang lain disahkan sebagai bebas dari jangkitan MERS-CoV melalui ujian makmal yang telah dijalankan.

Pengesanan kes positif MERS-CoV pertama di Malaysia pada bulan April 2014 telah menguji keberkesanan pelbagai aktiviti kesiapsiagaan dan respons yang dilaksanakan oleh pihak KKM di mana ianya meliputi sistem survelan dan pelaporan penyakit berjangkit, perluasan kapasiti makmal seluruh negara bagi menjalankan ujian pengesahan jangkitan MERS-CoV, serta amalan pencegahan dan kawalan jangkitan (Infection Prevention and Control) di semua fasiliti kesihatan yang optima telah membolehkan pencegahan dan kawalan jangkitan dilaksanakan dengan pantas dan berkesan di lapangan.

Berdasarkan pengalaman tersebut, Malaysia telah berjaya membendung penularan kes pertama MERS-CoV di negara ini yang selanjutnya membuktikan keberkesanan sistem pengesanan, survelan, pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan. Susulan daripada itu, KKM akan terus memperkukuhkan sistem tersebut dari masa ke semasa.

Berdasarkan laporan yang diterima dari pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan wabak MERS-CoV yang kini dilaporkan di Republik Korea adalah berpunca daripada kegagalan untuk memastikan prinsip pencegahan dan kawalan jangkitan dilaksanakan secara berkesan di semua peringkat penjagaan perubatan dan kesihatan yang terlibat. Pada ketika ini, tiada bukti menunjukkan bahawa penularan jangkitan MERS-CoV boleh berlaku secara berkesan dalam komuniti (sustained human-to-human transmission) dan begitu juga tiada bukti menunjukkan bahawa penularan jangkitan MERS-CoV berlaku secara airborne transmission.


KKM akan bekerjasama rapat dengan pihak WHO untuk memantau situasi semasa kejadian wabak terbabit dan seterusnya memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sehingga kini, tiada larangan perjalanan ke negara Republik Korea yang dikeluarkan oleh pihak WHO dan sehubungan itu adalah diingatkan kepada semua pelawat, jemaah umrah dan bakal Jemaah haji yang akan melakukan perjalanan ke negara-negara yang dijangkiti MERS-CoV di Timur Tengah dan negara-negara lain yang bermasalah, agar sentiasa menjaga dan mengamalkan kebersihan diri yang tinggi serta dinasihatkan untuk tidak melakukan lawatan ke ladang-ladang haiwan terutamanya ladang unta semasa berada di negara-negara tersebut.

KKM akan terus memantau situasi kejadian wabak ini dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman B. Abdul Rahman
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 013 399 7025 / 03 8883 3470
Emel : [email protected] – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori